February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol
sebanyak 20 peratus kepada pemegang kad PLUSMiles bersempena cuti
Krismas, 25 Disember ini.

 

Pemberian rebat tol itu adalah sebahagian daripada langkah PLUS untuk
pengguna lebuh raya yang meraikan Krismas serta menghargai sokongan
orang ramai terhadap perkhidmatan lebuh raya PLUS.

 

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, berkata pengguna kad
Touch ‘n Go berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus pada
tarikh berkenaan.

 

“Penawaran rebat tol 20 peratus untuk transaksi menerusi kad PLUSMiles
adalah sebagai menghargai kesetiaan dan sokongan pemegang kad PLUSMiles.

 

“Rebat 10 peratus pula diberikan untuk semua transaksi elektronik lain
di lebuh raya PLUS,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

 

Zakaria berkata, rebat tol turut diberikan bagi perjalanan kenderaan
Kelas 1 melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza tol
di semua lebuh raya kendalian PLUS.

 

Pemberian rebat itu ditawarkan sepanjang hari pada 25 Disember.

 

“Pada 25 Disember, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa.

 

“Rebat tol 20 peratus dan 10 peratus itu akan dimasukkan ke dalam kad
PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go (dalam bentuk Tambah Nilai) apabila
pengguna menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS
di antara 15 Januari hingga 14 April 2018,” katanya.

 

Bagaimanapun, rebat itu tidak meliputi transaksi tol di Plaza Tol Bukit
Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau
Pinang.

 

 



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: