February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Tertuduh meminta rasuah daripada Noorazly Ja’alam
untuk membebaskan Muhamad Abdul Goas dan Yudi yang ditahan kerana
disyaki tidak membawa dokumen perjalanan dan permit kerja sah di IPD
Rembau, pada 2013.

jailed

SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda
RM20,000 dan penjara 28 bulan ke atas seorang anggota polis berpangkat
koperal kerana didapati bersalah atas tuduhan meminta dan menerima
suapan pada Januari 2013.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman tersebut setelah mendapati tertuduh, Umar Saifuddin Austin Abdullah, 40, bersalah.

Tertuduh didakwa meminta rasuah wang tunai RM500 daripada Noorazly
Ja’alam untuk membebaskan Muhamad Abdul Goas dan Yudi yang ditahan
kerana disyaki tidak membawa dokumen perjalanan dan permit kerja sah di
Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau antara
13 dan 14 Januari 2013.

Selain itu, Umar Saifuddin juga dituduh bersetuju menerima suapan
berjumlah RM400 daripada Noorazly bagi tujuan sama di sebuah restoran di
Taman Rembau Permata, Chembong, Rembau, pada 14 Januari 2013, sekitar
6.30 petang.

Justeru, tertuduh berdepan tindakan undang-undang mengikut Seksyen
16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum 20 tahun, denda 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000
atau mana-mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan pertama, Fathiyah menjatuhkan hukuman denda RM10,000
dan penjara 24 bulan atau tambahan 8 bulan penjara jika gagal membayar
denda, manakala bagi pertuduhan ke-2 pula ditetapkan denda RM10,000 dan
penjara 28 bulan atau tambahan penjara 8 bulan jika gagal membayar
denda.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak.
Peguam, Datuk Hanif Hasan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menangguhkan hukuman penjara dan denda.

Hakim kemudiannya memutuskan hukuman penangguhan penjara dibenarkan
dan jaminan mahkamah sedia ada iaitu RM6,000 dinaikkan kepada RM10,000.

Manakala permohonan penangguhan hukuman denda ditolak dan tertuduh
diarahkan membayar denda sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan
serta-merta.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurdiyanah Mohd Nawawi.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: