February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PERSETERUAN Manchester United dan Manchester City mencapai tahap kemuncak 10 Disember lalu dengan tercetusnya pergaduhan di terowong menghala ke bilik persalinan di Old Trafford.

Ia berpunca tindakan pengendali United Jose Mourinho menegur skuad the Citizens yang terlalu bising ketika meraikan kemenangan 2-1 ke atas The Red Devils dalam aksi Derby Manchester.

Kesudahannya Mourinho disimbah air dan susu sementara jurulatih City Mikel Arteta luka di bahagian kepala.

Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris bagaimanapun memutuskan untuk tidak ambil tindakan terhadap kedua-dua kelab itu.

Keputusan dibuat berdasarkan bukti dan keterangan daripada beberapa saksi yang dipanggil.

Mourinho juga terlepas hukuman susulan kenyataannya membidas pengadil pasca perlawanan berkenaan.

Beliau juga mengeluarkan kenyataan berbaur politik apabila membidas tindakan pengurus City Pep Guardiola menyemat reben kuning di bajunya sebagai tanda sokongan terhadap pejuang kemerdekaan Catalonia.

Bagaimanapun pengendali berbangsa Portugis itu diberi amaran agar tidak mengulangi perkara sama atau berdepan tindakan sewajarnya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: