February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Serahkan kepada Kabinet untuk menentukan agensi mana yang lebih efektif dan efisyen untuk memikul tanggungjawab mengendalikan urusan kawal selia umrah selepas ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau percaya kerajaan sudah tentu akan melihat semua aspek sebelum menentukan sesuatu dasar bagi menjamin kesejahteraan serta kebajikan rakyat, terutama urusan berkaitan ibadah umat Islam.

“Hakikatnya pelbagai bentuk penipuan dikesan melibatkan syarikat swasta yang selama ini di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang mengambil kesempatan atas kesungguhan umat Islam untuk mengerjakan ibadah umrah.

“Hal ini turut mendesak kerajaan untuk mengawal selia secara berkesan pakej-pakej umrah sebagaimana haji,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas cadangan agar Tabung Haji (TH) menggalas tanggungjawab mengendalikan urusan umrah susulan pembatalan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi urusan visa umrah yang diumumkan Sabtu lalu.

Asyraf Wajdi berkata sebarang cadangan untuk meluaskan bidang kuasa TH perlu memerlukan pindaan kepada aspek undang-undang berkaitan.

“Sememangnya ramai yang keliru selama ini seolah-olah urusan umrah juga di bawah tanggungjawab TH memandangkan kecemerlangan TH dalam menguruskan hal ehwal haji di Tanah Suci.

“Jadi tidak hairanlah jika ramai yang berpandangan agar TH yang sinonim dengan nama Makkah dan Madinah juga diberi tanggungjawab menguruskan atau mengawal selia urusan umrah,” katanya.

Media hari ini melaporkan TH akan meneliti cadangan yang mahu institusi itu memikul tanggungjawab mengendalikan urusan umrah.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah dilaporkan berkata kajian mendalam perlu dibuat daripada pelbagai aspek kerana pengurusan umrah berbeza daripada haji. — Bernama

BACA: TH teliti cadangan kendali pengurusan umrah

BACA: Tidak bijak tukar pengurusan pakej umrah di bawah TH – MATTA

BACA: Cukuplah TH monopoli haji, tidak perlu campur urusan umrah – PAPUH



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: