February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Tindakan sebuah parti politik yang lebih mengutamakan pemilihan calon Perdana Menteri dan pembentukan Kabinet bayangan jika menang pilihan raya umum (PRU) akan datang ditempelak oleh PAS.
 
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata tindakan itu bercanggah dengan adab dibawa Rasulullah SAW.
 
Beliau berkata, adab Islam menyaksikan Rasulullah tidak berjuang kerana mengejar jawatan, sebaliknya menegakkan Islam berkonsepkan mendahulukan pembangunan insan yang beriman, berilmu dan berakhlak, bukannya sekadar ekonomi sahaja atau melahirkan tokoh tanpa iman, ilmu dan akhlak.
 
“Maka, PAS tidak mendahulukan pembentukan Kabinet atau melantik siapa bakal Perdana Menteri, yang bakal menjadi bangkai sahaja.
 
“Inilah adab yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila Ketua Kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam bertanyakan siapa ketua negaranya, lantas Baginda SAW bersabda: ‘Itu urusan Allah yang menentukan dengan kehendak-Nya’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
 
Kenyataan Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang itu dipercayai merujuk kepada tindakan gabungan pakatan pembangkang, yang akan sekali lagi menamakan calon Perdana Menteri mereka bulan depan bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih menjalani hukuman penjara.
 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dilaporkan berkata, pakatan pembangkang itu mempunyai calon lain sebagai perdana menteri jika gabungan itu memenangi PRU kelak.
 
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, PAS menafsirkan Perlembagaan Persekutuan, yang meletakkan Islam menjadi agama negara, bukan sekadar simbol dan ia mestilah ditadbir negara berkonsepkan Islam yang melantik ketua negara daripada penganut Islam dan Bumiputera Melayu yang beriman melaksanakan Islam secara menyeluruh.
 
“Bukan semestinya PAS menjadi ketua kerajaan, bahkan PAS boleh terus menjadi pembangkang yang menasihat dan bertaawun dengan ketua negara yang boleh menerima Islam, sama ada kerajaan parti atau kerajaan teknokrat yang boleh diatur perubahannya yang lebih positif, bukannya perubahan dan pindaan Perlembagaan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti tikus membaiki labu,” katanya.-22/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: