February 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Timbalan perdana menteri berkata Malaysia dan AS harus mengasingkan isu Baitulmaqdis daripada perdagangan dan hubungan lain.

zahid

PETALING
JAYA: Ugutan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam isu
Baitulmaqdis tidak menjejaskan hubungan dengan Malaysia kerana kedua-dua
negara harus mengasingkan isu itu daripada perdagangan dan hubungan
lain.

Timbalan perdana menteri percaya Washington cukup bijak untuk tidak
menjejaskan hubungan dengan Malaysia walaupun kedua-dua negara berbeza
pendirian dalam isu Baitulmaqdis.

Beliau berkata demikian selepas Trump dilaporkan mengugut akan
menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong resolusi PBB
menggesa keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
ditarik balik.

“Kita harus membezakan hubungan diplomatik, dagangan dan jaringan
hubungan lain kerana ini persoalan yang sangat spesifik,” kata Zahid
pada sidang media di kilang Datasonik Group Berhad hari ini.

“Kita tidak banyak bantuan diterima sebab kita bukan hanya negara penerima, kita juga adalah negara pemberi.

“Kita juga memahami Amerika Syarikat cukup bijaksana dari segi mengasingkan isu Baitulmaqdis dengan isu lain.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dijadualkan
mengadakan sesi tergempar hari ini selepa AS menggunakan kuasa veto
untuk mematikan resolusi itu di peringkat Majlis Keselamatan PBB.

Duta AS ke PBB, Nikki Haley, dilaporkan memberi amaran kepada negara
anggota PBB bahawa Trump mahukan laporan mengenai negara yang tidak
bersama AS dalam isu Baitulmaqdis.

Namun sebahagian diplomat menyifatkan amaran AS itu sekadar untuk
dipertontonkan kepada rakyat AS, dan percaya tidak akan memberi kesan
besar di sesi tergempar itu.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: