February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



PALM BEACH: Ikon sukan tenis, Venus Williams, dibebaskan dari sebarang pertuduhan dalam sebuah kes kemalangan jalan raya di Palm Beach Gardens, Florida, pada bulan Jun lalu yang menyebabkan seorang penumpang berusia 78 tahun meninggal dunia.

Linda Barson, wanita yang memandu kereta tersebut pada hari kejadian tidak akan didakwa dalam insiden itu.

Dalam kejadian tersebut, kereta yang dipandu Barson melanggar bahagian penumpang kereta pemenang Grand Slam itu. Barson cedera parah akibat kejadian itu termasuk retak tulang dada dan patah pergelangan tangan, sementara suaminya, Jerome, yang berada di bahagian tempat duduk penumpang maut dua minggu selepas kejadian kerana kecederaan yang dialaminya.

Polis Palm Beach Gardens berkata berdasarkan siasatan yang telah dijalankan, Williams telah mengikut undang-undang dan memandu dengan berhemah.

Williams pada awalnya telah didakwa kerana memandu dengan cuai dan melanggar lampu merah kerana Barson mempunyai hak laluan di persimpangan tersebut. Namun dakwaan itu ditarik balik apabila pasukan penyiasat menilai kandungan kamera litar tertutup pada hari kejadian.

Ia menunjukkan Williams mula memandu keretanya setelah lampu bertukar hijau namun dihalang oleh sebuah kereta yang cuba memotongnya dan membuat dia terpaksa memberhentikan keretanya sebelum meneruskan perjalanan.

Pada masa yang sama, lampu trafik di jalan bertentangan bertukar hijau dan Benson mula memandu keretanya dan akhirnya bertembung dengan bahagian penumpang kereta Williams.

Laporan polis yang difailkan untuk kejadian itu turut menyatakan bahawa Barson sepatutnya lebih berhati-hati dan memastikan bahawa kereta di bahagian bertentangan sudah berhenti sebelum meneruskan pemanduan.

Sementara itu, keluarga mendiang suaminya memfailkan saman terhadap Williams dan meminta ganti rugi atas kematiannya.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: