February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR – Entah mengapa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah disisihkan oleh Pakatan Harapan sejak Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi pembangkang.

Jika dulu Anwar dianggap sebagai `de facto’ pakatan pembangkang, kini cerita-cerita tentang susuk Anwar dan reformasinya kurang dicanang oleh Pakatan Harapan.

Jarang-jarang juga ayat reformasi terkeluar daripada mulut pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sejak kebelakangan ini.

Tinggal ahli keluarga Anwar yang masih terus berkata-kata mengenainya.

Mungkin kerana itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang agak pedas dalam satu majlis pembangkang.

Beliau di hadapan penyokong Pakatan Harapan secara terbuka membidas mereka kerana beranggapan masa untuk Anwar dalam arena politik telah berakhir.

Wan Aizah yang juga Presiden PKR mempertahankan suaminya masih relevan dan minta jangan ada penyokong Pakatan Harapan berkata masa untuk Anwar telah tamat.

“Anwar masih relevan walau tidak bersama kita. Kalau fikirkan antara Mahathir dengan Anwar.. `time over’ apa?” katanya mempertahankan Anwar dengan membandingkannya dengan Mahathir yang dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

Rakaman video ucapan beliau itu disiarkan di internet.

Mahathir menyertai Pakatan Harapan selepas keluar daripada UMNO gara-gara kecewa tidak dapat menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri berusia 92 tahun itu kemudian diberi `fast track’ menjadi Pengerusi Pakatan Harapan oleh pimpinan tertinggi pembangkang walaupun keputusan itu tidak digemari ahli keluarga Anwar.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh seterusnya mengambil kesempatan membidas PAS dengan berkata, walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, tetapi Pakatan Harapan ada Parti Amanah Negara (PAN)

Katanya, beliau pernah ditanya wartawan akhbar Cina adakah tiada golongan Islamik dalam Pakatan Harapan selepas ketiadaan PAS dan beliau menjawab, Islam yang progresif dan mempunyai visi kini bersama Pakatan Harapan.

Beliau berkata, PAN adalah sudut Islam progresif dalam PAS yang meninggalkan PAS untuk menyertai Pakatan Harapan kerana mahu terus bekerjasama dengan PKR.

“Saya kata Islam progresif dan ada visi bersama kita. Saya juga nak ingatkan bahawa PAN adalah mereka yang ikut Tok Guru Nik Abdul Aziz,” katanya. – MYNEWSHUB.CC



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: