February 25, 2018
You can use WP menu builder to build menus



ACAYUCAN: Seorang wartawan ditembak mati oleh dua pembunuh upahan di hadapan kanak-kanak sewaktu menghadiri majlis sambutan hari Krismas di sekolah anaknya pada Rabu.

Gumaro Perez, 34 tahun, merupakan seorang wartawan di wilayah Veracruz. Dia merupakan wartawan ke-12 yang dibunuh di Mexico tahun ini, menjadikan negara itu antara yang paling bahaya untuk wartawan.

Pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak wartawan, Reporters Without Borders (RSF) menyenaraikan Mexico sebagai salah satu negara yang mencatatkan pembunuhan wartawan paling tinggi di samping negara konflik lain seperti Syria.

Perez adalah wartawan ketiga yang dibunuh di wilayah Veracruz tahun ini.

Laporan media antarabangsa mendedahkan penglibatan Perez sebagai wartawan dalam bidang jenayah dan polis. Artikelnya diterbitkan di beberapa penerbitan Mexico dan laman web seperti La Voz del Sur. Dia juga bekerja di bahagian komunikasi kerajaan tempatan.

Wilayah Veracruz merupakan wilayah dengan kadar aktiviti kartel yang tinggi dengan banyak aktiviti jenayah dilaporkan.

Presiden Suruhanjaya Hak dan Perlindungan Wartawan negeri, Ana Laura Perez Mendoza memberitahu media bahawa mangsa tidak pernah melaporkan sebarang ugutan terhadap dirinya. 

“Kita masih tidak tahu bagaimana pembunuhannya berkait dengan laporan yang dibuat oleh mangsa tetapi pembunuhan ini dilakukan dihadapan orang awam, di sebuah sekolah, yang sepatutnya dilindungi oleh pihak berkuasa jadi ini tidak boleh diterima” kata Ketua Suruhanjaya Hak dan Perlindungan Wartawan cawangan Veracruz, Jorge Morales.

Siasatan pembunuhan Perez masih berlangsung dan pihak berkuasa mendapati dia pernah melawat penjara beberapa kali untuk berjumpa dengan ahli geng kongsi gelap.

Menurut mereka, ada kemungkinan Perez mempunyai kaitan dengan geng jenayah dan dibunuh oleh kumpulan pesaing.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: