February 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak akan berganjak daripada keputusannya menentang pengisytiharan BaitulMaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Kita tak akan berganjak, buat apa sekali pun kita tak akan berganjak. Macam khutbah mufti (Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri – mufti Wilayah Persekutuan) tadi di dalam (masjid), kalau dikerat beberapa kali badan saya pun, walau tinggal seketul daging pun saya masih mempertahankan prinsip ini,” kata Najib semasa Perhimpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat.

Kata-kata Perdana Menteri itu disambut dengan laungan takbir daripada lebih 2,000 jemaah dan peserta himpunan yang terdiri daripada wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) seluruh negara.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah Duta Palestin, Datuk Dr Anwar, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa menteri kabinet.

Perdana Menteri turut menegaskan sekalipun disambut baik oleh Presiden Donald Trump (semasa melawat Amerika) namun dia tidak akan menggadai prinsip dan kesucian Islam.

“Ya, saya disambut baik di Rumah Putih. Ya, Donald Trump kenalan baik saya. Tapi dari segi prinsip, walau apa sekalipun saya tidak akan menggadaikan kesucian Islam . Walau dalam apa jua keadaan wajib bagi kita mempertahankannya.

“Jangan lupa prinsip pertama maqasid syariah itu apa dia? Prinsip pertama maqasid syariah ialah menjaga, memelihara agama, nombor dua baru nyawa dan barulah harta.

“Kalaulah Baitulmuqaddis itu dengan Masjid Al Aqsa kota suci umat Islam yang ketiga kesuciannya, maka wajiblah kita memperjuangkan Al-Aqsa, Baitulmuqaddis dan Al-Quds Al Syarif bebas daripada cengkaman Zionis. Yang lain ada pilihan. Yang ini tidak ada pilihan. Ini wajib kita tentang mereka.

“Ada 1.6 billion umat Islam. Tapi boleh kalah kepada 1.3 juta Yahudi. Tak masuk akal. Tapi kalau kita tak bersatu, kita bercakar, kita akan musnah. Ini peringatan Allah.

“Saya yakin menerusi perhimpunan ini, kita akan menghantar mesej yang jelas kepada dunia bahawa umat Islam di Malaysia bersatu dan akan melakukan apa sahaja,” katanya.

Pada perhimpunan itu Najib turut mengumumkan bahawa Himpunan Solidariti itu akan terus diadakan pada minggu ketiga setiap bulan di masjid-masjid seluruh negara.- 22/12/2017- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

Comments are closed.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: