January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -12/01/18 –Pengakuan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa beliau tidak dirujuk mengenai kenyataan bersama DAP, PPBM dan Amanah negeri menyokong pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri mengesahkan Pakatan Harapan (PH) negeri sedang mengalami krisis dalaman.

“Saya telah rujuk PKR Selangor, kami tidak pernah dirujuk tentang kenyataan tersebut. Jadi, tak timbul PKR tidak bersama. Tidak dirujuk, sudah tentu kami hanya tahu daripada laporan media saja,” katanya kepada media selepas merasmikan penyerahan Masjid Zakaria di Jalan Gombak hari ini.

Selasa lalu, kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua; Pengerusi PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari; dan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim menyokong keputusan Majlis Presiden PH menamakan Mahathir sebagai caon perdana menteri gabungan itu.

Bagaimanapun tiada nama Azmin dalam kenyataan bersama itu.

Tony Pua (DAP), Datuk Abdul Rashid (PPBM), dan Ir Izham Hashim (Amanah) merupakan Timbalan Pengerusi PH Selangor yang dipengerusikan oleh Azmin.

Semalam, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin mengesahkan Azmin tidak tahu tentang kenyataan bersama menyokong keputusan majlis presiden PH itu.

“Kenyataan itu tidak dibuat melalui struktur PH Selangor yang dipengerusikan Datuk Seri Azmin Ali,” kata Zuraida kepada FMT.

“Saya tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah satu gabungan atau secara individu,” kata Zuraida yang juga merupakan Setiausaha PH Selangor.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: