January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


My Nation News – Di kalangan ahli parti PKR, ramai mengetahui akan perselisihan antara Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Azmin Ali.

Beberapa kali Rafizi secara berkias menyindir tindakan Azmin berbaik dengan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, Rafizi mendedahkan, Dr Mahathir hanyalah boneka buat parti pembangkang apabila membaca skrip yang ditulis mereka dan bukanlah sebaliknya ketika pengumuman Deklarasi Rakyat pada 4 Mac 2016.

Mengenai parti Pribumi pula, Rafizi dalam satu ceramah berkata parti diterajui Mahathir hanyalah picisan dan tidak akan mengubah lanskap politik negara ini dan diingatkan agar tidak tamak untuk menuntut kerusi di Pilihanraya Umum akan datang.

Rafizi turut membandingkan parti Pribumi dengan gelombang dicetus Anwar pada 1998, ia adalah bagai langit dan bumi.

Malah, jika penyatuan dibuat dengan parti Pribumi, ia adalah satu malapetaka buat Pakatan Rakyat.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: