January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

KES
penangkapan membabitkan pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil kini
semakin panas apabila Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed
Zaidi dilaporkan akan meneliti secara terperinci berhubung perkara itu.

 

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berkata, pihaknya enggan
terburu-buru berhubung perkara itu sebaliknya akan membuat siasatan
terperinci kerana kes tersebut membabitkan pihak berkuasa dan orang
awam.

“Beri kami (Seniman) masa untuk membuat siasatan lanjut atas
apa yang berlaku. Kami tidak boleh terburu-buru untuk ambil sebarang
tindakan.

“Dalam perkara ini, kami perlu mendapat maklumat daripada semua sudut kerana ia membabitkan polis,” katanya dipetik Harian Metro.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi

BACA : Didakwa Tampar Anggota Polis, Farid Kamil Ditahan

BACA : Ibu Mertua Tak Tahu Farid Ditahan, Diana Mohon Privasi

 

Jelasnya lagi, SENIMAN akan cuba membantu apa yang patut dan
memaklumkan sebarang maklumat terkini berhubung kes itu selepas menerima
hasil siasatan terperinci.

“Seniman akan cuba membantu apa yang perlu untuk Farid sebaik saja selepas kami mendapat hasil laporan siasatan dilakukan.

“Apapun, Seniman tetap prihatin dalam apa jua masalah membabitkan artis tempatan meskipun hal yang kecil,” jelasnya.

Pelakon, Farid Kamil

BACA : “Farid Berkelakuan Pelik Sejak Dalam Kereta Lagi”

BACA : Peminat, Adik Akui Terkejut Farid Kamil Dicekup Polis

BACA : Kes Tampar Polis : Farid Kamil Direman Selama 4 Hari

 

Ceritanya bermula apabila Farid dilaporkan datang ke Balai Polis Kota
Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk membuat laporan mengenai satu
kes kemalangan jalan raya, pada Khamis.

Namun ketika sedang berurusan, aktor itu secara tiba-tiba didakwa
bertindak menampar muka petugas yang menerima aduan. Kejadian itu
disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam.

Susulan itu, Farid telah direman selama 4 hari yang berkuatkuasa pada
hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: