January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Teksi Bumiputra Semenanjung (Perbumi) menafikan dakwaan Datuk Shamsubahrin Ismail kononnya 70 peratus daripada 180,000 pemandu teksi seluruh negara akan mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.

Presidennya, Datuk Mohd Alias Abdul menegaskan pihaknya masih yakin dan percaya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu mencari penyelesaian terbaik buat pemandu teksi.

“Saya menafikannya, dakwaan itu tidak benar. Dia bukan boleh selam hati nurani semua pemandu teksi.

“Memang pemandu teksi adalah manusia biasa. Dalam berdepan krisis industri ini, mereka masih terus untuk memperjuangkan industri ini selain memberi sokongan kepada kerajaan hari ini.

“Saya juga yakin dan percaya kerajaan BN mampu mengemukakan formula terbaik untuk menyelamatkan industri teksi negara ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Tambahnya, krisis yang dialami pemandu teksi pada masa ini bukan sahaja di Malaysia sahaja malah di beberapa negara membangun.

Justeru, beliau bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya diadakan perjumpaan dan perbincangan antara persatuan teksi dan kerajaan.

“Saya menyambut baik cadangan Datuk Seri Zahid supaya Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Nancy Shukri berjumpa dengan kami.

“Memang sewajarnya diadakan perbincangan dan mencari formula terbaik terutama sebelum berlakunya PRU14,” ujarnya.

Semalam, Zahid memberi peringatan kepada Shamsubahrin supaya tidak mengugut kerajaan berhubung sokongan pemandu teksi pada pakatan pembangkang.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: