January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KOTA MARUDU: Dua lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 36 Jalan Marak Parak-Ranau, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, dua mangsa yang dikenali sebagai Jaimin Bien, 46 tahun dan Edmon James, 22 tahun meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.

Difahamkan, kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Tandahawon dan Kampung Melangkap Tengah, Kota Marudu.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu yang bergegas ke lokasi insiden sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Anggota bomba dan penyelamat sedang membuat operasi menyelamat dua mangsa yang tertimbus.

“Kita menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.30 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian ini membabitkan insiden tanah runtuh di Kilometer Jalan Marak Parak-Ranau, Kota Marudu di mana terdapat dua lelaki maut akibat tertimbus runtuhan tanah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Anggota bomba dan penyelamat sedang membuat operasi menyelamat dua mangsa yang tertimbus.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: