January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MYNEWSHUB


SUSULAN
berita penangkapan pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil yang
dipercayai menampar anggota polis pada Khamis, aktor itu telah direman
selama 4 hari bagi membantu siasatan.

 

Menurut Harian Metro, perintah tahanan reman itu yang
berkuat kuasa hari ini dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir
mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15
(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Farid dilaporkan tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya menaiki trak
polis pada 10.07 pagi sebelum dibawa ke kamar Mahkamah Majistret dengan
tangan bergari dan dipegang erat anggota polis kira-kira pada 10.35
pagi untuk prosiding reman berkenaan.

BACA :  Didakwa Tampar Anggota Polis, Farid Kamil Ditahan

BACA : Ibu Mertua Tak Tahu Farid Ditahan, Diana Mohon Privasi

BACA : “Farid Berkelakuan Pelik Sejak Dalam Kereta Lagi”

BACA : Peminat, Adik Akui Terkejut Farid Kamil Dicekup Polis

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.20 petang pada
Khamis, Farid dilaporkan datang ke Balai Polis Kota Damansara, Petaling
Jaya, Selangor untuk membuat laporan mengenai satu kes kemalangan jalan
raya.

Ketika sedang berurusan, pelakon terlibat secara tiba-tiba didakwa
bertindak menampar muka petugas yang menerima aduan. Kejadian itu
disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam. – MYNEWSHUB.CC/AM



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: