January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu memastikan institusi masjid di negeri itu bebas daripada dakyah politik termasuk penyebaran akhbar yang berunsur fitnah.

Pengerusi Sekretariat Biro Agama UMNO Selangor, Datuk Ismail Kijo, berkata masjid bukan saja perlu bebas politik, malah ia harus menjadi medan penyatuan ummah dan bukannya menyemai perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Alhamdulilah kebanyakan Masjid pasti membacakan teks khutbah yang dikeluarkan oleh JAIS. Persoalannya sampai bilakah rakyat di Selangor akan terus disajikan dengan ‘akhbar berdosa’ yang diletakkan di setiap Masjid/surau pada setiap Jumaat?

“Mendengar nasihat dari khatib Jumaat kekadang cukup bersemangat menginsafkan jemaah tentang dosa, neraka, bahaya fitnah, jangan membenci sesama ummah, menjadikan masjid tempat yang bebas dari fahaman politik kepartian.

“Namun dimasa yang sama, Masjid atau surau itu juga membiarkan perkara fitnah masuk ke rumah Allah Itu. Pihak jawatankuasa masjid ternyata gagal berperanan untuk menjadikan masjid tempat yang dihormati, bebas dari unsur kepartian. Sebaliknya membiarkan ‘lidah fitnah’ agenda PKR terus masuk setiap minggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, agak mengecewakan apabila akhbar arus perdana diharamkan di Selangor kerana kononnya menyebar propaganda, tetapi akhbar fitnah PKR dibiarkan memasuki masjid.

Katanya, pihak berkuasa agama perlu bertindak seperti mana tindakan tegas yang dikenakan terhadap penceramah- penceramah di negeri itu yang memerlukan pentauliahan.

“Jabatan agama akan tangkap kalau tak ada tauliah kerana dibimbangi menyampaikan ajaran sesat. Tetapi kesesatan yang dibawa oleh akhbar Selangor Kini tidak pula diambil kisah oleh JAIS.

“Dosa dan pahala bercampur baur. Umpama minyak dan air di dalam bekas yang sama. Walaupun tidak bercampur tetapi tidak memberi manfaatnya. Itulah gambaran yang berlaku di Masjid dan surau yang sehingga kini membiarkan ia dijadikan medan dakwah dan juga medan fitnah.

“Jumaat yang dijanjikan keberkatan oleh Tuhan tetapi keberkatan itu telah hilang kerana masjid dan surau dijadikan medan menyemai kebencian hasad serta dendam,” katanya.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: