January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SHAH ALAM: Pilihan raya umum kali ini akan menyaksikan sama ada Amanah atau PAS adalah parti terbaik sekali gus meraih sokongan pengundi, kata Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli.

Hatta berkata demikian mengulas dakwaan 27 kerusi yang akan ditandingi Amanah adalah kubu kuat PAS selain menganggap partinya ‘mewarisi’ kerusi tradisi milik parti leluhurnya itu.

“Kita di sini untuk menentukan siapa paling layak untuk membawa negara mara ke depan.  Bukan nak pilih berasaskan sentimen.

“Bila ada PPBM, kita sebagai parti yang bertanggungjawab harus berkongsi (kerusi). Kita bukan nak katakan macam ini… (tapi) majoriti daripada kami adalah dari PAS.  Jadi kita anggap kita lah mewarisi kerusi tersebut. PAS itu, PAS lah. Dia punya hal lah, ” katanya dalam sidang media di Wisma Amanah, sebentar tadi.

Sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) mengumumkan agihan kerusi di Semenanjung Malaysia yang sudah dipersetujui kesemua parti komponennya, banyak pihak melihat Amanah sebagai dipermainkan gagasan itu sehingga menyaksikan Amanah Johor, Perak, Melaka serta Pahang menzahirkan rasa kecewa masing-masing.

Malah Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dilaporkan berkata partinya terpaksa berkorban melepaskan kerusi Parlimen Titiwangsa kepada PPBM, untuk memecah kebuntuan PH dalam isu agihan kerusi pembangkang.

Hatta ketika diminta mengulas perkara itu enggan berbuat demikian sebaliknya bertegas prinsip Amanah adalah bertanding di semua kubu kuat PAS dan tidak sesekali menuntut kerusi milik DAP dan PKR.

“Kerusi yang ditandingi Amanah, saya sebagai pengarah pilihan raya daripada awal lagi mengatakan bahawa semua kerusi yang Amanah bertanding adalah kerusi yang dahulu PAS bertanding. Ertinya kita tidak ambil kerusi milik DAP atau PKR,” ujarnya.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: