January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ULASAN
:Memulakan langkah awal dalam politik sebagai setiausaha peribadi Datuk
Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tentunya merasai turun
naik sebagai pemimpin parti politik yang mana jawatan tertinggi yang
disandang oleh beliau adalah timbalan presiden PKR bermula tahun 2010
apabila penyandang sebelum beliau, Dr. Syed Hussien menolak untuk
dicalonkan semula.

Azmin pernah memenangi kerusi Hulu Klang pada pilihan raya umum tahun
1999 namun dihalang untuk bertanding pada 2004 oleh mahkamah, beliau
kembali pada PRU 2008 dengan menang bergaya di Parlimen Gombak dan Dun
Bukit Antarabangsa.

Walaupun pada pilihan raya umum 2008 gabungan pembangkang
(kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat) gagal menawan Putrajaya namun
berjaya menawan 4 Negeri dan salah satunya adalah Negeri Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim, pendatang baru dalam PKR telah diangkat
menjadi Menteri Besar Selangor, negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Sepanjang mandat 5 tahun yang diberi kepada Khalid Ibrahim mentadbir
sebagai menteri besar dari 2008 ke 2013, tidak kedengaran secara terbuka
sebarang bantahan atau penolakan mana mana pihak terhadap perlantikan
beliau.

Namun sedikit “huru hara” berlaku dalam PKR selepas PRU13 apabila
Khalid sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar Selangor dan Azmin dan
kumpulannya dilihat menentang keputusan ini sehingga ada kenyataan
media oleh beliau sehingga menjadi titik awal “kemelut dalaman PKR” .

Bukan menjadi rahsia bahawa Langkah Kajang yang berlaku kemudiannya,
antara salah satu faktor ia dijalankan adalah untuk menyelesaikan krisis
dalaman PKR (tanpa mengabaikan faktor faktor lain),
pada peringkat awal
Langkah Kajang dijalankan dengan tujuan untuk mengangkat Anwar sebagai
Menteri Besar, namun sebelum langkah itu dapat dilaksana, mahkamah telah
memenjarakan beliau dan matlamat seterusnya Langkah Kajang adalah untuk
mengangkat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar
mengantikan Khalid.

Namun kerana desakan Istana dan Presiden Pas (Walaupun mesyuarat AJK
Pas memutuskan untuk menyokong Wan Azizah) juga waktu itu yang menolak
perlantikan Wan Azizah, sekali lagi berlaku perubahan pada rancangan dan
dengan sokongan Pas, Azmin Ali dinobatkan sebagai menteri besar yang
baru, mengantikan Khalid.

Dan disinilah bermula satu lagi episod baru politik tanah air,
pertembungan di Selangor tidak hanya berlegar dalam Negeri bahkan
sehingga memecahkan Pakatan Rakyat. DAP bertindak memutuskan hubungan
dengan Presiden Pas kerana bertindak membelakangi majlis Presiden
Pakatan Rakyat, yang seterusnya membawa kepada putusnya tahaluf antara
Pas dan DAP di muktamar Pas dari usul yang diluluskan tanpa bahas. Dalam
muktamar yang sama menyaksikan juga tersungkurkan kelompok Pro Pakatan
Rakyat /Profesional dalam Pas secara setandan yang akhirnya kemudian
menubuhkan Parti AMANAH Negara (AMANAH)

Apabila tahaluf Pas-DAP terputus, yang pertama dilakukan oleh
pemimpin Pas yang pro Pakatan Rakyat, Mohamad Sabu telah bertindak
mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam jawatan lantikan di Pulau
Pinang, kerajaan Pulau Pinang juga bertindak memecat Semua pemegang
lantikan politik dalam institusi kerajaan dan setelah Pakatan Harapan
ditubuhkan, dengan segera Pulau Pinang diistiharkan negeri dibawah
Pakatan Harapan.

Namun, pada waktu ini kerajaan Selangor dibawah Azmin masih enggan
mengiktiraf Selangor sebagai negeri Pakatan Harapan , sebaliknya kekal
ia sebagai negeri “Pakatan” , tanpa ada “Rakyat” di belakangnya.

Namun hujah awal Azmin boleh diterima walaupun kita mungkin berbeza,
iaitu beliau ingin mengekalkan mandat yang diberi rakyat pada PRU13
iaitu kepada PR dan pada waktu juga “PR” masih belum terkubur sepenuhnya
kerana PKR masih mengekalkan kerjasama antara Pas dan DAP.

Walaupun pemimpin AMANAH meluahkan rasa tidak senang namun ia tidak menjadi isu yang dijaja secara terbuka.

Namun satu titik noktah baharu dalam Pakatan Rakyat apabila Pas dalam
muktamarnya pada bulan Mei tahun lalu memutuskan hubungan dan kerjasama
dengan PKR sekaligus menguburkan Pakatan Rakyat, disini timbul satu
persoalan serius iaitu kesan putusnya hubungan ini, samada Kerajaan
Selangor yang ditadbir Azmin akan segera istiharkan Selangor sebagai
negeri dibawah Pakatan Harapan dan memecat exco exco dan semua jawatan
lantikan politik dari Pas setelah tidak ada lagi hubungan dan kerjasama
politik antara Pas dan PKR.

Dan Azmin, ternyata memilih untuk mengekalkan Pas.

Banyak andaian yang muncul, ada yang mendakwa ia sebagai tanda terima
kasih terhadap Pas yang menyokong beliau sebagai Menteri Besar, ada
juga andaian hubungan yang tidak baik antara Azmin dan pemimpin parti
pembangkang lain menyebabkan Azmin perlu sokongan Pas jika beliau mahu
kekal sebagai menteri besar ataupun sebagai perdana menteri sekiranya
Barisan Nasional tewas.

Tidak kurang, andaian bahawa Azmin tahu dia tidak mempunyai sokongan
dalam kalangan parti dalam Pakatan, bahkan dalam partinya sendiri wujud
beberapa kem berbeza hingga mengecilkan lagi peluang untuk Azmin
diangkat menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan memenangi Putrajaya.

Andaian ini kekal menjadi andaian, namun dimana silap langkah Azmin
adalah, disaat beliau masih tidak dipuncak kuasa di peringkat nasional,
beliau bertindak cuba mengukuhkan pengaruh melalui kuasa Menteri Besar
yang ada, dan Azmin tidak mengukuhkan kuasa dengan cuba membina hubungan
baik dengan semua pihak, sebaliknya wujudkan satu kem tersendiri.

Pihak yang berpotensi menjadi lawan beliau dicantas, bukan rahsia
Saifudin Nasution yang hanya menerima tawaran di Pulau Pinang selepas
Selangor tidak melantik beliau, namun kita lihat ramai yang pro Azmin,
membina kekuatan di Selangor walaupun bukanlah tokoh lama atau aktivis
senior PKR.

Dengan sikap dan tindakan Azmin, tidak hairanlah hari ini kita lihat,
Azmin begitu tenggelam dalam Pakatan Harapan, walaupun memegang jawatan
Ketua Pilihan Raya namun nama beliau menjadi tidak sinonim dengan
Pakatan Harapan malah lebih teruk, beliau langsung tidak popular dalam
Pakatan Harapan.

Bahkan kita tahu Azmin cuba mendapatkan jawatan Naib Presiden Pakatan
Harapan, namun tidak mendapat sokongan dari mana mana wakil lain,
bahkan khabarnya, wakil PKR sendiri tidak menyokongnya.

Ini jelas kesan dari langkah silap beliau dalam mencatur agenda
politik, menafikan hak ramai pihak sebagai rakan dan sekutu parti dan
tidak hairanlah, bahawa tidak menjadi rahsia Azmin tidak mendapat
sokongan padu samada sebagai calon Perdana Menteri, hatta sekadar untuk
mengekalkan jawatan Menteri Besar sekali pun.

Jika benar Azmin gagal peroleh sokongan semua, siapa agaknya penganti
beliau jika menang di Selangor? Yang pasti Selangor kekal “milik” PKR,
namun mungkin, individu lain, yang lebih muda sebagaimana di war-warkan
penyokong Azmin mahukan orang muda sebagai calon PM, tentunya tiada
masalah untuk mengangkat orang muda sebagai menteri besar Selangor.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: