January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SUBANG: Sebarang keperluan untuk Institut Perubatan Penerbangan (IPP) tidak ditentukan sepenuhnya oleh pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan semata-mata.

Sebaliknya, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kuasa pemilihan aset dan fasiliti diberi kepada pegawai dan anggota yang mengendalikan aset itu sendiri.

Jelasnya, ia sejajar dengan usaha kementerian dalam menggalakkan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) dilaksanakan di setiap peringkat.

“Kita mempunyai kelebihan tertentu dan meletakkannya setaraf dengan negara-negara maju

“Biar end-user (pegawai dan anggota) yang tentukan apa keperluan mereka hala tuju keperluan IPP termasuk aset dan fasiliti kerana mereka yang banyak menggunakannya dalam pelbagai operasi TUDM.

“Kerana itu jawatankuasa induk yang kita wujudkan dan pasukan khas yang kita tetapkan tahun ini bukan sahaja dapat dilihat tetapi dirasai oleh semua anggota kita,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian semasa sidang media selepas membuat lawatan kerja ke IPP, Pangkalan Udara Subang dan tinjauan kesiapsiagaan pesawat TUDM di sini hari ini.

Lawatan kerja itu adalah antara program Jelajah Perkasa Perwira yang mendukung usaha merealisasikan hala tuju Kementerian Pertahanan melalui program Teras Kesiagaan yang menjadi antara agenda utama kementerian itu dalam memperkasakan pertahanan negara.

IPP TUDM yang ditubuhkan pada 11 Ogos 1976 di Pangkalan Udara Kuala Lumpur memainkan peranan penting dalam bidang perubatan dan kesihatan warga TUDM.

Peranan meluas institut ini meliputi aspek pemeriksaan kesihatan, perlesenan serta memberikan latihan aerofisiologi kepada anak-anak kapal TUDM serta pasukan khas ATM sehingga ia dipindahkan ke Pangkalan Udara Subang.

Dalam pada itu kata Hishammuddin, tinjauannya juga meliputi beberapa aset TUDM yang akan melalui proses naik taraf termasuk helikopter Nuri, pesawat pengangkut C130 dan pesawat pejuang Hawk 208.

“Ketiga-tiga pesawat ini akan melalui proses naik taraf secara berperingkat bagi membolehkan ia terus memenuhi keperluan pengoperasian sekali gus memastikan kesiapsiagaan dan keupayaan TUDM dalam menjaga keselamatan ruang udara terus berada pada tahap tertinggi.

“Maklumat terperinci berhubung projek naik taraf ini akan saya maklumkan apabila ia bermula kelak,” jelasnya.

Habis//



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: