January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony yang ditahan reman sejak Sabtu lalu berhubung kes pembelian tanah ladang sawit bernilai RM155 juta di Tongod, Sabah dibebaskan pagi Jumaat dengan jaminan.

Beliau dibebaskan selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Majistret Afiq Agoes mengenakan jaminan RM55,000.

Tempoh tahanan reman keatas Peter Anthony disambung empat hari, sejak Selasa lalu selepas tempoh tahanan reman tiga hari dikeluarkan mahkamah sama, pada Sabtu lalu berakhir.

Beliau telah ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah, Jumaat lalu, iaitu antara dua individu yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah berkenaan.-12/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: