January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ISMA WEB

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) tidak menyangkal hubung kait kegiatan nombor ekor dengan perbuatan khurafat.

Pesuruhjaya
Hal Ehwal Agama Terengganu, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar berkata, JHEAT
mengesan terdapat kegiatan pemujaan yang dilakukan pihak tidak
bertanggungjawab bagi mendapatkan nombor ekor.

“Pihak
JHEAT belum dapat menangkap mereka yang melakukan perkara tidak bermoral
(khurafat) ini dan hanya menjumpai peralatan-peralatan yang digunakan
untuk tujuan pemujaan (bagi mendapatkan nombor ekor),” katanya ketika
dihubungi Bernama berkaitan operasi membanteras judi nombor ekor
dijalankan JHEAT semalam.

Katanya,
pihak JHEAT juga mengenal pasti antara tempat yang sering dijadikan
tempat pemujaan ialah seperti di Gua Bukit Keluang, Besut dan beberapa
kawasan lain.

Berhubung
operasi itu, katanya hasil maklumat awam dan risikan JHEAT mendapati
nombor ekor turut dijual di kedai alat ganti motosikal, kedai makan dan
kedai runcit dan dalam operasi itu tujuh ditahan iaitu enam ditahan di
sebuah kampung di Kuala Nerus dan seorang di premis makan di Gong Badak.

“Semasa
tangkapan dilakukan kesemua individu berumur 30 hingga 72 tahun itu
mempunyai resit nombor ekor yang diletakkan di dalam poket, beg duit dan
ada juga masih pegang di tangan,” katanya.

Wan Ismail
Sahaimi berkata, kesemua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 22,
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang
membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: