January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

 

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) sebelum dibubarkan hanya
‘basuh kaki’ ketika bersama Pas dan semua keperluan pilihan raya
disediakan oleh parti Islam itu termasuk tenaga manusia untuk
memenangkan mereka.

 

Setiausaha Dewan Ulamak Pas Selangor, Muhammad Najhan Halim mendakwa,
bekas rakan tahaluf siyasi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP
bagaimanapun melayan parti Islam itu bagaikan pengemis apabila mereka
mendapat kuasa.

“Pemimpin parti kawan hanya datang berceramah, berjabat tangan dan
bertemu pengundi dan rakyat, tetapi kerja-kerja di sebalik semua itu
telah disediakan oleh Pas.

“Jentera Pas sudah serik dengan karenah bermuka-muka bekas rakan
politik Pas, sewaktu pilihan raya datang bertemu Pas dengan wajah tanpa
bersalah dan merayu bantuan.

“Akan tetapi selepas mencapai kemenangan dan pilihan raya, melayani
Pas seumpama peminta sedekah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Pas merupakan parti politik terbesar di negara ini
dengan keupayaan 190 kawasan yang aktif, 7,000 cawangan serta mempunyai
keahlian mencecah lebih 1 juta orang hingga kini.

“Keupayaan dan ketumbukan ini usah dipandang enteng kerana dalam
kancah politik dan pilihan raya, tenaga manusia adalah faktor terpenting
dalam penentuan pergerakan serta operasi parti.

“Beberapa pilihan raya umum dan kecil sebelum ini, Pas berada dalam
tahaluf politik dan kerjasama, jentera serta kekuatan semua ahli Pas
dikerahkan untuk menyumbang tenaga dan kepakaran kepada parti kawan.

“Malah wang ringgit dan sumbangan derma ahli Pas turut dilimpahkan untuk memastikan kemenangan rakan politik Pas,” katanya.

Katanya lagi, meskipun Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan dengan
penyertaan dua parti baharu iaitu Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun ia masih tidak mampu menandingi
kekuatan Pas.

“Pas memiliki sesuatu yang mereka tidak miliki iaitu jentera dan aset yang mencukupi.

“Walaupun tidak bersama mereka lagi, Pas mempunyai kelebihan
tersendiri dan kepakaran yang mampu mengisi kelompongan dirobek keluar
daripada Pas,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: