January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Wanita UMNO menyifatkan keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk melantik Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri satu tindakan yang ‘pelik’ kerana  sepanjang 22 tahun Pengerusi PPBM itu mentadbir negara, pemimpin pembangkang sentiasa mencaci dan menghina kepimpinannya.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tindakan itu juga secara tidak langsung membuktikan pakatan itu ketandusan calon untuk memilih pemimpin yang akan memimpin negara pada masa hadapan.

“Sepanjang 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri mewakili Barisan Nasional, hampir setiap hari pemimpin pembangkang terutama DAP dan PKR mencaci dan menghina kepimpinan Tun Mahathir yang mereka katakan memusnahkan demokrasi serta menindas rakyat.

“Kini, PH seolah-olah lupa tuduhan-tuduhan, kebencian dan penghinaan mereka terhadap Tun Mahathir sehingga sanggup menamakan Tun Mahathir Perdana Menteri demi memanipulasi emosi dan fikiran rakyat dalam memenangi PRU14,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, melalui keputusan itu jelas bahawa agenda pembangunan negara dan pembelaan isu-isu rakyat bukanlah agenda utama dalam perancangan PH tetapi semata-mata menentukan agenda peribadi mereka sahaja.

“Ia berbeza dengan Barisan Nasional yang sentiasa konsisten untuk memastikan rakyat dan Negara sentiasa dalam keadaan stabil, aman dan sejahtera.

“Rakyat seharusnya bijak menterjemah permainan politik PH yang rakus menstrategi kemenangan PRU14 yang berpaksi kepada kepentingan peribadi pemimpin-pemimpinnya,” katanya.-12/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: