January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sekumpulan lelaki bersenjata merompak barangan kemas bernilai lebih empat juta euro (RM19 juta) di hotel terkemuka dunia, Hotel Ritz di ibu kota Perancis kelmarin.

Geng lima anggota yang bersenjatakan kapak kecil itu memecahkan cermin pameran di tingkat bawah hotel berkenaan di Place Vendome kira-kira pukul 6.30 petang (waktu tempatan) sebelum melarikan diri dengan barangan kemas.

Bagaimanapun, tiga ahli kumpulan itu berjaya ditangkap sewaktu melarikan diri.

Wartawan agensi berita AFP me­nyatakan sejumlah jalan di sekeliling hotel telah ditutup pihak berkuasa susulan rompakan itu.

Pihak berkuasa masih meneruskan usaha memburu dua lagi perompak sejak petang semalam.

“Kami terdengar bunyi kuat dan ­riuh-rendah di jalan raya. Pejalan-pejalan kaki lari mendapatkan perlindungan di dalam hotel. Kami tidak tahu apa yang berlaku hingga dimaklumkan ada rompakan,” kata seorang kakitangan hotel.

Seorang kakitangan lain mendakwa dia melihat sebuah motosikal ditunggang laju di belakang hotel selepas rompakan.

Seorang sumber juri menganggarkan barangan kemas yang dirompak itu bernilai ‘lebih empat juta euro’.

Place Vendome yang terkenal de­ngan barang-barang kemas dan jam tangan mewah telah beberapa kali dirompak pada waktu siang.-12/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: