January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR, 11 Jan – Siapa pun Perdana Menteri ianya tetap akan dijadikan humbanan politik kebencian oleh pihak pembangkang dalam usaha menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat demi kepentingan politik, kata bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli.

Malah menurut beliau pada zaman Dr Mahathir pun umum dapat melihat bagaimana politik kebencian ditimbulkan terhadap UMNO dan ianya bukanlah soal perkara baru untuk diperkatakan kerana itulah budaya mereka.

“Sebab itu kita katakan soal Datuk Seri Najib diserang bukanlah perkara pelik dan ianya berlarutan sekian lama dengan mengambil contoh isu Altantuya. Daripada Timbalan Presiden UMNO lagi beliau diserang…kita pun tidak tahu Alyantuya tetapi kita diajar pada waktu itu untuk sentiasa menggembar-gemburkannya dan diulang.

“Selepas itu setelah gagal untuk mengekang kenaikan Datuk Seri Najib ke jawatan nombor satu daripada timbalan presiden, ditukar pula kepada isu Datin Seri Rosmah mengenai cincin dan macam-macam lagi.

“Hari ini orang yang bawa cerita itu pun dah mula menyokong kita. Apa sahaja yang berkaitan dengan keluarga Datuk Seri Najib mereka buat. Namun akhirnya kebenaran mengatasi segala kebatilan yang ditimbulkan.

“Malah baiknya Datuk Seri Najib beliau tidak melenting dan tidak menyerang balik daripada mula isu Altantuya kemudiannya sepertimana yang diperkatakan tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program ‘Diskusi Anda Tanya Kita Jawab’ bersama Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO yang disiarkan secara live menerusi UMNO-Online, Rabu.

Selain beliau, program berkenaan yang dihoskan oleh Tan Sri Annuar Musa turut mengundang AJK Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Dr Kusyairi Ahmad, bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli, AJK Penerangan MIC Pusat, Ketua Penerangan Pemuda MIC Selangor, Subash Chandrabose, Presiden Pertubuhan Anak Perak, Faizal Lentin dan Pengarah Operasi MALAYA, Farhan Khairuddin.

Nazmi seterusnya menegaskan itulah cara terbaik pihak pembangkang untuk menghasut rakyat agar membenci kerajaan.

“Dalam politik ‘character assasination’ sangat berkesan. Apabila dapat ‘damage’ kredibiliti seseorang itu ianya sedikit sebanyak akan memberi kesan dan itulah yang digunakan dan dapat kita lihat hari ini,” ujarnya. –MediaUMNO

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: