January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

MYNEWSHUB 

 

JIKA
kebanyakan selebriti tanah air kini ramai yang ‘merahsiakan’ majlis
perkahwinan, Abam Bocey pula mahu membuat kelainan bagi majlis
resepsinya nanti.

 

BACA:Abam ‘Simpan’ Isteri, Tak Mahu Selalu Tayang



JUGA: “Abam Rendah Diri, Sebab Tu Saya Terpikat”- Hidayah

 

Abam dan isterinya bakal mengadakan majlis kenduri perkahwinan
sebelah lelaki pada 20 Januari ini dan mereka telah menjemput seluruh
rakyat Malaysia yang sudi untuk menghadri majlis bersejatrahnya itu di
Sungai Salak Batu 10, Jalan Gombak Kuala Lumpur.

“Assalamualaikum… Saya dengan rendah diri menjemput semua
kawan-kawan, sahabat-sahabat, saudara mara dan semua rakyat Malaysia
untuk hadir di majlis walimatulurus sebelah lelaki pada 20 Januari 2018,
Sabtu.

“Majlis bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga habis majlis,” tulisnya pada posting baharu di Instagram miliknya semalam.

Abam bukan sahaja mewar-warkan majlisnya itu, malah dia turut meminta
agar peminatnya turut mengajak lebih ramai lagi tak kira bangsa ataupun
agama.

“Minta panjangkan jemputan ini… Semua dialu-alukan kedatangan
tak kira bangsa, agama, pangkat, darjat dan semuanya. Semoga kita semua
di cucuri rahmat dan diberi kesihatan yang baik, Insya-Allah.
#kitabaikramaisayang #kendurikahwin,”
tulisnya lagi.

Berani betul Abam ambil risiko dengan mengajak semua orang hadir.

Tapi, itu tak jadi masalah pun sebab tak ada salahnya juga kalau nak
adakan majlis kenduri dan mengajak semua orang bagi memeriahkan majlis,
lagi ramai-lagi meriah majlis tu nanti kata orang.

Dalam masa yang sama, ada yang mencadangkan supaya Abam menjadikan
isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali sebagai pengurus peribadinya.

Namun bagi Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd
Redzuan, dia tidak mahu ada masalah yang akan timbul jika si isteri
menguruskan jadual kerjanya.

“Ada masalah apabila isteri menjadi pengurus kita. Isteri saya tak boleh kerja secara profesional. Dia akan kerja dengan emosi. Apabila saya balik lambat, dia akan marah dan tanya bila kerja nak habis. Jadi, saya tak nak campur aduk.

“Tapi sekarang dia dah faham kerja saya bila kami sama-sama
merakamkan video pra-perkahwinan yang mengambil masa seharian. Baru dia
tahu sukarnya jalani penggambaran,”
 seloroh Abam dipetik daripada mStar Online.

Tak mengapalah, tak ada masalah pun jika Abam tak ambil isteirnya
menjadi pengurus, biarlah dia hanya menjadi pengurus dirumah sahaja
kan.MYNEWSHUB.CC/ AH

LIHAT VIDEO DI SINI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: