January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR: Cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di Segamat, Mersing, dan Kota Tinggi di Johor serta daerah Rompin, Pekan dan Kuantan di Pahang, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata amaran cuaca buruk itu adalah bagi tempoh sehingga tengah malam ini.

Pada masa sama, kebanyakan negeri di Semenanjung sedang mengalami suhu rendah berbanding kebiasaan berikutan cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut.

“Keadaan ini dijangka berterusan sehingga esok.

“Berikutan luruan angin timur laut ini, angin kencang melebihi 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung sehingga esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: