January 17, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -13/01/18 –Ketika kecoh isu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menandatangani kenyataan bersama DAP, PPBM dan Amanah Selangor menyokong pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri, Timbalan Presiden PKR itu mempunyai cara tersendiri untuk mengalihkan isu.

Ada Pergolakan Dalaman Pakatan Harapan Selangor ?

Dengan pantas, Azmin menulis di Twitternya menawarkan Parlimen Gombak yang disandangnya untuk ditandingi Mahathir bagi merealisasikan hasrat bekas perdana menteri kembali ke jawatannya semula.

Bagaimanapun kemurahan hati Azmin itu ditafsir pengikut Twitternya dengan pelbagai andaian.

Ada yang berpandangan, tawaran itu mengesahkan Azmin tidak yakin untuk bertanding di parlimen itu dan berhasrat untuk mencari tempat selamat yang lain.

“Takkan lari kot??,”kata @romyirwanshah

Ada juga berpandangan Azmin sepatutnya menawarkan Parlimen itu kepada PAS dan bukannya Mahathir kerana kawasan itu kubu PAS.

“Gombak ni kubu kuat Pas. Azmin menang dulu hasil undi orang Pas,”kata @mohdazh03738148

“Gombak ni bagi je la ke PAS,” kata @___mamak

Namun, ada juga yang berpendapat ia adalah satu strategi Azmin untuk memerangkapkan Mahathir.

“Kakakakaka…celaka betul game Azmin Ali..sengaja dia nak serah kerusi parlimen gombak kepada madey.

“Mentang2 la dia tahu di situ kubu kuat PAS di selangor..sengaja dia nak perangkap madey biar kalah tersungkur di situ,”kata @Mikhail_E17





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: