January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


AIDCNews -12/01/18 –Kajian bersama dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya merumuskan bahawa syarikat yang dimiliki kaum Cina lebih mementingkan bangsa sendiri daripada kualiti kelayakan yang dimiliki calon-calon yang ditemuduga.

Dapatan kajian mendapati jumlah panggilan untuk ditemuduga tidak seimbang, iaitu 42.1% daripada pemohon Cina berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu walaupun mereka memiliki kelayakan yang sama.

Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat Cina dan calon Cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain berkata dengan alasan biasa iaitu “kami tidak diskriminasi dan kami amalkan hak kesamarataan”.

Kajian mereka juga mendapati bahawa hanya syarikat yang dimiliki Melayu sahaja tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana-mana calon, baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.

Sila rujuk Kajian “Lee & Muhammed (20130, Degrees of Discrimination: Race and Graduate Hiring in Malaysia“.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: