January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ingin mengetahui isu dan perkembangan semasa secara santai melalui saluran alternatif?

Cuba beralih kepada Channel W bagi mengetahui berita, isu semasa termasuk politik,  hiburan dan sukan yang lebih santai ‘secara langsung’.

Jangan khuatir mengenai pelbagai kandungan Channel W yang bermula 3 Januari 2018, kerana saluran itu adalah Capital TV yang sudah beroperasi sejak 2011.

Berbanding Channel W sebelum ini Capital TV hanya banyak berkisar penerbitan dunia perniagaan dan ekonomi semasa, kini Channel W menghidangkan isu-isu semasa dan berita terkini lebih padat secara langsung bersama pelbagai segmen khas secara langsung bermula  5.00 petang hingga 11.00 malam, Isnin hingga Jumaat.

Antara segmen dibawa secara langsung adalah Inspirasi, Talking Point, Soal Hati, Capital News, Fokus Hari Ini, Bicara PRU 14, Hangat Hari Ini dan Studio Malam.

Ketua PegawaiEksekutif, Channel W, Noor Azman Yusof berkata pembaharuan ini sebagai satu langkah untuk mengabungkan akhbar Warta dengan siaran Capital TV, kini dikenali Channel W.

Katanya, bermula Januari 2018, Channel W disiarkan secara langsung melalui  platfom TV dan online.

“Orang ramai boleh saksikan Channel W di saluran 420 Unifi TV dan secara online di Youtube melalui saluran  http://youtube.com/channelwmy

“Channel W kini menghidangkan lebih banyak program menarik dan memberi info-info terkini kepada masyarakat bukan hanya masyarakat usahawan dan perindustrian serta sektor kewangan malah pelbagai lapisan masyarakat,” jelasnya.

Menurut Noor Azman siaran bermula dengan segmen Berita Semasa,  disusuli segmen ‘Inspirasi’ yang memaparkan gaya hidup dan ‘trend’ meliputi fesyen, kecantikan, kesihatan, pemakanan, Do It Yourelf ( DIY ), seni, hartanah, ‘gadget’, rekreasi dan liburan.

Channel W kemudian akan membawa penonton secara langsung dalam segmen Talking Point yang dikendali dalam Bahasa Inggeris untuk berkongsi pengalaman dengan ahli peniagaan mengenai jatuh bangunnya seorang usahawan.

Turut dimuatkan Berita Ekonomi dan perniagaan serta hal ehwal pasaran dan industri.

Channel W juga memaparkan Berita Semasa dan ‘Talking Point’ disambung dengan laporan terkini khas lintas langsung dari lokasi.

Turut dibawakan bersama Tetamu Khas membicarakan hal teknologi semasater kini. Apa yang menarik ada Kuiz kepada penonton.

“Capital News pula membawakan laporan berita kewangan, perbankan, industri dan ekonomi selama setengah jam dalam bahasa Inggeris secara langsung,” kata Noor Azmi dalam satu kenyataan.

Setelah itu, scenario perkembangan fesyen wanita kontemporari hari ini memperlihatkan kepentingan fesyen daripada tuntutan agama pada pemakaiannya.

Segmen Bicara PRU jam 10,05 malam pula akan membawakan laporan Berita dan komentar perihal politik Negara menjelang Pilihan Raya Umum 14 ( PRU 14).

“Pemimpin-pemimpin politik dan wakil rakyat akan ditemubual secara langsung dalam segmen ini setiap malam hingga menjelang PRU,” kata Noor Azman lagi.

Sebelum ini Channel W dikenali sebagai Capital TV dengan motto Inspirasi.Informasi.Motivasi

Katanya, Capital TV ialah satu-satunya saluran TV di Malaysia khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu-isu semasa.

Capital TV sudah beroperasi dan keudara semenjak 1 November 2011 dimiliki oleh syarikat media persendirian Online Dynamics (M) Sdn Bhd dan di siarkan dariPusat Penyiaran di Damansara Perdana, Selangor.

Saluran Capital TV ini boleh didapati melalui HyppTV, platform TV-berbayar yang dimiliki oleh Telekom Malaysia. Kebanyakan saluran HyppTV adalah dalam HD penuh.

Capital TV disiarkan secara percuma melalui saluran #420. Setiap pelanggan HyppTV boleh menonton Capital TV tanpa sebarang bayaran tambahan.

Sebagaimana Capital TV, Channel W juga menemui penonton disaluran yang sama menyambung legasi Capital TV yang sudah berada di dunia penyiaran tempatan sejak 6 tahun lalu.

Kini ia bukan hanya boleh diikuti di saluran #420 HyppTV tetapi juga media social sepertiYoutube, Facebook dan laman sesawang.

Sebarang pertanyaan boleh meng hubungi Pengurus Perhubungan Awam, Azmah Dahari, di talian 016-2121320 dan 03-77276554.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: