January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Bermula 3 Januari 2018, Capital TV dikenali sebagai saluran Channel W, yang bakal memaparkan penerbitan berita, isu semasa termasuk politik, hiburan dan sukan yang lebih santai ‘secara langsung’.

Berbanding Channel W sebelum ini Capital TV hanya banyak berkisar penerbitan dunia perniagaan dan ekonomi semasa, kini Channel W menghidangkan isu-isu semasa dan berita terkini lebih padat secara langsung brsama pelbagai segmen khas secara langsung bermula pukul 5.00 petang hingga 11.00 malam, Isnin hingga Jumaat.
Antara segmen yang bakal dibawa secara langsung adalah Inspirasi, Talking Point, Soal Hati, Capital News, Fokus Hari ini, Bicara PRU 14, Hangat Hari ini dan Studio Malam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Channel W, Noor Azman Yusof berkata pembaharuan ini sebagai satu langkah untuk mengabungkan akhbar Warta dengan siaran Capital TV, kini dikenali Channel W.

Bermula dari Januari 2018, Channel W di siarkan secara langsung melalui platfom TV dan online, anda boleh saksikan Channel W di saluran 420 Unifi TV dan secara online di Youtube melalui saluran http://youtube.com/channelwmy
“Channel W kini menghidangkan lebih banyak program menarik dan memberi info-info terkini kepada masyarakat bukan hanya masyarakat usahawan dan perindustrian serta sector kewangan malah pelbagai lapisan masyarakat,” tegasnya.
Siaran pada pukul 5.00 petang hingga 11.00 malam, Isnin hngga Jumaat itu, dimulakan dengan segmen Berita Semasa dan kemudian disusuli segmen ‘Inspirasi’ yang memaparkan gaya hidup dan ‘trend’ meliputi fesyen, kecantikan, kesihatan, pemakanan, Do It Yourelf ( DIY ), seni, hartanah, ‘gadget’, rekreasi dan liburan. Ia dibincangkan secara langsung dan segmen ini diselang-seli dengan Berita Semasa setiap setengah jam.

Channel W kemudian akan membawa penonton secara langsung dalam segmen Talking Point yang dikendali dalam Bahasa Inggeris untuk berkongsi pengalaman dengan ahli peniagaan mengenai jatuh bangunnya seorang usahawan. Turut dimuatkan Berita Ekonomi dan perniagaan serta hal ehwal pasaran dan industri.
Segmen ini berhenti seketika dengan Berita Semasa dan ‘Talking Point’ disambung dengan laporan terkini khas lintas langsung dari lokasi. Turut dibawakan bersama Tetamu Khas membicarakan hal teknologi semasa terkini. Apa yang menarik ada Kuiz kepada penonton.

Setelah selesai Laporan Ringkas Terkini Dalam dan Luar negara pada pukul 6.30 petang, Episod pertama Soal Hati akan membawakan topik perbincangan ‘Keliru dengan Status Perhubungan’.

Siaran Channel W disambung dengan Capital News yang membawakan laporan berita kewangan, perbankan, industri dan ekonomi selama setengah jam dalam bahasa inggeris secara langsung.

Setelah itu, senario perkembangan fesyen wanita kontemporari hari ini memperlihatkan kepentingan fesyen daripada tuntutan agama pada pemakaiannya. Segmen Al Tijarah pula mengupas isu ini dengan menemubual pengamal fesyen dan pemilik butik muslimah tentang fesyen wanita dari perspektif Islam.

Pada pukul 8.00 malam, segmen berita utama Fokus Hari ini akan membawakan berita-berita utama dalam dan luar negara meliputi politik, ekonomi dan sosial.
Secara langsung juga selepas itu, Channel W membawakan segmen ‘Hangat Hari Ini’, berita terkini dan komentari suasana hangat dan terkini dunia hiburan & sukan dalam dan luar negara. Segmen ini juga membuat liputan aktiviti acara menarik sekitar ibu negara.

Segmen Perspektif W pula selepas itu akan membawakan Berita Terkini dan komentari isu hal-ehwal semasa melibatkan pakar dan profesional yang mewakili bidang atau profesion masing-masing.

Pada pukul 10.05 minit malam pula segmen Bicara PRU akan membawakan laporan Berita dan komentari perihal politik negara menjelang PRU14. Pemimpin-pemimpin politik dan wakil rakyat akan ditemubual secara langsung dalam segmen ini setiap malam hingga menjelang Pilihan Raya Umum 14 ( PRU 14 ).

Segmen ‘Studio Malam’ pula akan menyusul mengakhiri segmen secara langsung sejak pukul 5.00 petang dengan berita semasa tentang gaya hidup dan ‘trend’ meliputi fesyen, kecantikan, kesihatan, pemakanan, DIY, seni, hartanah, ‘gadget’, rekreasi dan hiburan.

Siaran Channel W aan disambung dengan Berita Ringkas dan siaran segmen ulangan secara langsung hingga Channel W melabuhkan tirai.

Sebelum ini Channel W dikenali sebagai Capital TV dengan motto Inspirasi. Informasi. Motivasi
Capital TV ialah satu-satu nya saluran TV di Malaysia khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu-isu semasa. Adalah menjadi matlamat kami bukan sahaja untuk memberikan informasi tetapi juga membawakan program-program yang boleh memberi inspirasi untuk lebih maju dan menjadi motivasi untuk melepasi segala halangan dan cabaran.

Capital TV sudah beroperasi dan keudara semenjak 1 November 2011. Ianya dimiliki oleh syarikat media persendirian Online Dynamics (M) Sdn Bhd dan di siarkan dari Pusat Penyiaran di Damansara Perdana, Selangor.

Saluran Capital TV ini boleh didapati melalui HyppTV. HyppTV adalah platform TV-berbayar yang dimiliki oleh Telekom Malaysia. HyppTV dihantar menggunakan gentian optik melalui servis UniFi dan Streamyx. HyppTV mempunyai hiburan bertaraf dunia, rancangan yang memenuhi anugerah. Kebanyakan saluran HyppTV adalah dalam HD penuh.

Capital TV disiarkan secara percuma melalui saluran #420. Setiap pelanggan HyppTV boleh menonton Capital TV tanpa sebarang bayaran tambahan.
Sebagaimana Capital TV, Channel W juga menemui penonton disaluran yang sama menyambung legasi Capital TV yang suda berada didunia penyiaran tempatan sejak 6 tahun lalu.

Kini ia bukan hanya boleh diikuti di saluran #420 HyppTV tetapi juga media social seperti Youtube, Facebook dan laman sesawang.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pengurus Perhubungan Awam, Azmah Dahari, di talian 016-2121320 dan 03-77276554.
tamat



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: