January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


YUSOF SELAMAT

 

 

SIMPANG RENGGAM: Tanah rancangan
Felda yang terdapat dalam 54 Parlimen seluruh negara memerlukan pimpinan
PAS menggerakkan agenda penerangan dalam mendedahkan isu-isu
berkaitannya agar berlaku perubahan dalam landskap politik negara.

 

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda Lajnah Tanah PAS Pusat, Naraza
Muda berkata, Felda telah memberi manfaat besar kepada negara apabila
berjaya melahirkan 112,635 peneroka.

 

Namun kini menurutnya, Felda melalui zaman kegelapan terutama
bermula tahun 2010 melibatkan penyalahgunaan kuasa dan salah urus tadbir
serta pelbagai kegagalan lain.

 

“Setelah Felda Global Venture (FGV) mengambil alih kedudukan
Koperasi Permodalan Felda (KPF) dalam Felda Holding 2012, hampir
keseluruhan landskap Felda telah berubah.

 

“Apa yang dicanangkan boleh membawa perubahan pendapatan kepada
peneroka Felda bertaraf penduduk negara maju, tetapi berlaku
sebaliknya,” ujarnya pada Majlis Penerangan Isu-isu Felda di Bangunan
Haji Abdul Hamid, di sini semalam.

 

Terdahulu dalam penerangannya itu, Naraza mengimbau sejarah
pembukaan Felda bermula 1956 dan era kegemilangannya sekitar 1980-an
hingga 2010.

 

Beliau juga mengutarakan detik malang di era pemerintahan Tun Dr
Mahathir Mohamad apabila program penempatan peneroka diberhentikan
walaupun masih terdapat tanah seluas 360,000 hektar.

 

Kritik beliau jika Tun Mahathir tidak menyekat usaha tersebut,
ianya dapat menambah manfaat dengan pembukaan kawasan baharu dan
menempatkan 80,000 peneroka lagi, serta lonjakan ekonomi perladangan.

 

Program itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz
Abdullah Husin; Ketua Pemuda PAS Johor, Juwahir Amin dan Ketua
Penerangan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman serta Timbalan Yang
DiPertua PAS Simpang Renggam, Mohd Jubri Selamat. – HARAKAHDAILY 

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: