January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



SHAH ALAM: Siapa kata pemain golf Asia tidak mampu bersaing dengan pemain Eropah?

Hari ini, pemain nombor satu Asia negara, Gavin Green dan pemain Thailand, Phachara Khongwatmai membuktikan mereka mampu bersaing dengan pemain terbaik dari Eropah dengan mengekalkan kemenangan dalam saingan EurAsia Cup 2018.

Kejayaan itu membolehkan pasukan Asia terus mendahului pasukan Eropah pada hari kedua dengan kelebihan satu mata, 6.5-5.5 selepas mencatat 3-3 pada saingan foursome pada hari kedua.

Selepas memenangi perlawanan fourballs semalam, Green dan Khongwatmai terus mencapai kemenangan dalam saingan foursome dengan pasangan masing-masing Yuta Ikeda dan Hideto Tanihara.

Pasangan bagi pasukan Asia terus dikekalkan dalam saingan hari kedua pada Sabtu menyaksikan Green dan Ikeda ketinggalan sehingga ke lubang ke-14 sebelum bangkit untuk memenangi baki tiga lubang seterusnya, sebelum mencatat par dan menang dengan kelebihan satu lubang.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara, Nicholas Fung bersama pemain China, Li Haotong yang membuat penampilan pertama dalam EurAsia Cup, mengatasi Bernd Wiesberger dan Ross Fisher dengan keputusan 3&1.

Kejohanan diteruskan pada Ahad dengan saingan perseorangan di Kelab Golf dan Country Glenmarie bermula dengan Nicholas bertemu Alex Noren pada 8:35 pagi.

EurAsia Cup merupakan kejohanan golf yang menyaksikan pertarungan antara pasukan Eropah dan Asia.

Memasuki edisi ketiga selepas kali pertama diadakan pada 2014, ia merupakan versi kejohanan yang menyerupai Piala Ryder antara Amerika dan Eropah.

24 mata menjadi rebutan dan pasukan pertama yang berjaya mengumpul 12.5 mata terus bergelar juara keseluruhan.

Eropah turun selaku juara bertahan selepas memenangi edisi 2016 sementara edisi pertama pada 2014 menyaksikan kejuaraan dikongsi Eropah dan Asia selepas keputusan berakhir dengan seri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: