January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus



“(Lim) Guan Eng sepatutnya mempunyai keyakinan terhadap mahkamah di
negara ini kerana beliau dibenarkan untuk membela diri secara terbuka
dan telus,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Sama ada (Lim) Guan Eng akan menang atau DAP dapat mengekalkan 
kerajaan negeri Pulau Pinang atau tidak, sudah tentu adalah perkara yang
sama sekali berbeza,” katanya.

Lim dilaporkan berkata semalam bahaswa perbicaraan kes rasuah, yang
bermula pada 26 Mac, mungkin memberi impak kepada pencalonannya untuk
bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, berkata beliau perlu menghadiri
perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk beberapa tempoh empat
hingga lima hari berturut-turut antara Mac dan Mei.
Mahkamah Tinggi telah menetapkan 23 hari bagi perbicaraan antaera 26 Mac
dan 25 Mei

Pada 30 Jun, 2016, Lim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan
menggunakan
kedudukannya sebagai penjawat awam untuk mendapatkan
keuntungan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew, dengan meluluskan
permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan
awam kepada syarikat sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 18 Julai, 2014.

Lim juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan habuan
bagi dirinya dengan  membeli sebuah rumah dari Phang Li
Koon dengan harga RM2.8 juta iaitu di bawah harga pasaran RM4.27
juta pada 28 Julai, 2015.

Phang, yang juga presiden Magnificent Emblem ,
mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim
bagi mendapatkan untuk Lim rumah di Jalan Pinhorn dengan harga RM2.8
juta iaitu tidak sepadan dengan nilai pasaran bagi hartanah berkenaan
iaitu RM4.27 juta.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: