January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke tampuk pemerintahan negara hanya satu tindakan yang bakal mengembalikan penderitaan rakyat, tegas Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, rakyat perlu melihat kepincangan dan kerosakan yang dihasilkan oleh Dr Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau, yang mana ia kemudian menjadi ‘warisan’ sehingga ke hari ini.

“Sistem pada hari ini, penswastaan hospital, ubat jadi mahal. Sistem kesihatan jadi porak peranda. Siapa yang tukar? Bukankah Mahathir bin Mohamad?

“Kalau ikut cita-cita Mahathirisme ini, kita perlu ada kereta kebangsaan. Bila wujud Proton, (dia) sabotaj pengangkutan awam. Dulu ada sistem bas sebelum wujud Proton. Pernah dengar mak ayah kita ada masalah? Tak pernah. Secara sengaja sabotaj pengangkutan awam ketika seluruh dunia membangunkan sistem pengangkutan awam. Tapi kita sabotaj kerana mahu rakyat pakai Proton.

“Baru dua tiga hari lalu pula, Mahathir kata tol Malaysia masih murah. Ini belumpun dia berkuasa lagi…tapi seorang pun tak bersuara, tak berani. Dia bezakan dengan Jepun. Mati kita,” kata beliau di hadapan kira-kira 100 hadirin di Dewan Pehimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini malam tadi.

Chegubard adalah antara enam ahli panel pada forum “Adakah Mahathir Solusi Untuk Malaysia yang Lebih Baik” malam tadi.

Forum anjuran Malaysia Bebas daripada Perasuah & Diktator dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu turut menampilkan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Rais Hussain; aktivis sosial, Hishamuddin Rais; penganalisis politik, Nathaniel Tan; bekas editor portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan aktivis, Haris Ibrahim manakala Y Kohila bertindak sebagai moderator.

Setuju Dr M masuk pembangkang, bukan pegang kuasa

Pakatan Harapan (PH) pada Konvensyennya Ahad lalu sebulat suara mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri sekiranya mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sementara itu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sekadar dinamakan sebagai Perdana Menteri Ke-8 selepas gabungan itu mengusahakan pembebesan beliau.

Dalam pada itu, Chegubard turut mencabar Pengerusi PPBM itu untuk bertanding di kawasan majoriti Felda, dan bukannya kawasan ‘selamat’ jika beliau benar-benar ‘menggembeling sokongan rakyat’.

Seorang lagi ahli panel, Haris pula bersetuju dengan penyertaan Dr Mahathir ke dalam PH untuk menyatukan pembangkang serta meraih sokongan kaum Melayu, namun ujarnya, adalah tidak masuk akal untuk meletakkan pemimpin itu kembali berkuasa di Malaysia.

Ujar Haris, perkara itu hanya akan mengulangi kerosakan yang pernah dibuat Dr Mahathir sebelum ini.

“(Dr Mahathir penyatu pembangkang) Tak ada masalah, tapi selepas PRU14, bagi kembali kepada pencuri itu buat apa? Saya sendiri ‘simpati’ kepada beliau kerana kalau kita dengar apa yang dia cakap beberapa bulan lalu.

“Ujarnya semasa dia mentadbir, Ops Lalang 1987 adalah keputusan IGP, bukan keputusan dia. Pemecatan Tun Salleh Abas (sebagai Ketua Hakim Negara), bukan keputusan dia tapi Peguam Negara…dia kena ‘buli’. Isu forex, dia seolah ‘blur’ dan tak perasan negara rugi hampir RM30 bilion. Itu bukan ‘silap’ dia. Kesian!!!

“Jadi kita tak mahu lalui situasi sama. Selepas PRU14, kena ‘buli’ lagi. Tak payah,” katanya.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: