January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti itu
akan mengekalkan jumlah kerusi dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU 14).

 

Beliau berkata, jumlah itu adalah yang ditetapkan oleh Barisan Nasional
(BN) sejak dulu, namun MCA terbuka untuk sebarang perubahan kerusi.

 

“Kita tidak akan tambah atau mungkin tidak akan kurangkan jumlah
kerusi. Bagi saya isu kerusi tidak ada masalah dalam BN kerana semua
parti sudah diagihkan sejak dulu lagi.

 

“Kalau ada pertukaran kerusi, itu adalah antara komponen parti dan
tiada masalah untuk berbincang mengenainya,” katanya kepada media
selepas majlis penyampaian anugerah penghargaan kepada kakitangan KTMB
oleh Kelab Rotary, di Stesen Sentral, di sini, hari ini.

 

Beliau diminta mengulas mengenai bilangan kerusi yang akan dipertandingkan MCA menjelang PRU-14.

 

Pada PRU-13, parti itu bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 Dewan Undangan Negeri (DUN).

 

Bagaimanapun MCA hanya memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi
DUN berbanding 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi negeri ketika PRU 2008.

 

Liow berkata, parti itu juga sudah menghantar senarai calon kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak untuk dipertimbangkan.

 

“Kita dalam proses perbincangan dan beliau (Najib) juga katakan bahawa
(mengenai) isu calon, tunggu selepas perbincangan baru kita buat
pengumuman,” katanya.

 

Beliau berkata lebih 50 peratus daripada calon yang dikemukakan MCA
adalah muka baru selain turut membabitkan calon pertengahan usia dan
veteran bagi memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kali
ini.

 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Liow berkata, setiap ahli MCA
diarah bekerja keras daripada peringkat akar umbi tanpa mempersoalkan
sama ada mereka terpilih sebagai calon atau sebaliknya.

 

Katanya sebarang isu membabitkan calon daripada parti itu juga tidak
akan dibincangkan secara umum termasuk menerusi media sebaliknya hanya
akan dibincangkan secara dalaman.

 

“Kita sekarang dalam persiapan untuk menghadapi pilihan raya dan
(masalah) calon tidak boleh dijadikan satu isu,” katanya ketika diminta
mengulas mengenai laporan yang menyebut bahawa Setiausaha Agung MCA yang
juga ahli parlimen Tanjung Malim, Datuk Seri Ong Ka Chuan menarik diri
untuk bertanding dalam PRU 14

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: