January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Alor Setar: Kedah bakal membangunkan sebuah pelabuhan baharu sebagai alternatif kepada pelabuhan di Pulau Pinang yang dilihat semakin sesak.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, perairan negeri itu yang dalam terutama di Kuala Kedah dan Yan dilihat sesuai untuk dibangunkan sebuah pelabuhan dagangan.

“Kita juga perlu ada satu pelabuhan di Kedah untuk elak kesesakan di pelabuhan Pulau Pinang. Ini adalah perancangan kita. Pelabuhan berkenaan mungkin akan dibina di Kuala Kedah atau Yan,” kata Ahmad Bashah.

Pembukaan pelabuhan itu pada masa sama bersesuaian dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Bukit Kayu Hitam yang merupakan sempadan dengan negara jiran, Thailand sebagai sebuah pelabuhan darat.

“Pelabuhan darat di Bukit Kayu Hitam akan memainkan peranan sebagai lokasi mengumpulkan barangan sebelum dibawa ke pelabuhan laut.

“Ini bermakna jika barangan dari Songkhla tidak lagi perlu ke Pulau Pinang malah akan terus ke pelabuhan yang terdapat di Kedah dan kemudian akan terus dieksport ke Singapura,” katanya lagi.

Setakat ini, Kerajaan Negeri masih dalam perbincangan dengan Kerajaan Pusat mengenai perkara itu.

Ahmad Bashah ditemui pada Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan dekat Langgar, Alor Setar, Kedah di sini, hari ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: