January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

 

KUALA LUMPUR
– Kerajaan wajib mengganti Tanah Rizab Melayu yang telah diambil atau
dijual dengan tanah lain yang sama sifat nilai dan keluasannya dalam
masa dua tahun ini.

Penyelidik
dan Pengkaji Sejarah Ikatan Arkeologi Malaysia, Zaharah Sulaiman
berkata, jumlah yang kerajaan perlu ganti ialah sebanyak 9,000,000
hektar.

“Kerajaan
negeri yang membangunkan Tanah Rizab Melayu hendaklah mengagih kembali
kepada pribumi Melayu sepenuhnya supaya pegangan Tanah Melayu berkekalan
sampai bila-bila.

“Terapi
kerajaan, bila kita tegur mereka, jawapan mereka ialah orang Melayu yang
banyak jual tanah. Sebenarnya hanya segelintir sahaja, mereka yang
kesempitan wang, kalau jual pada orang Melayu tak apa, kalau jual pada
bangsa asing itu yang bahaya.

 

“Tetapi
hakikatnya, yang paling galak jual Tanah Rizab Melayu ni memang
kerajaan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen
Kebangkitan Ummah yang diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam, di sini
hari ini.

Beliau
menegaskan, kerajaan wajib berhenti daripada terus mengambil Tanah Rizab
Melayu untuk dibangunkan bagi apa jua pembangunan untuk semua bangsa.

“Tibalah
pula masanya kerajaan beli tanah swasta yang tidak diguna urus bagi
pembangunan rakyat Malaysia. Jangan diusik Tanah Rizab Melayu,” katanya.

Beliau memberi contoh di Kuala Lumpur sudah tiada lagi Tanah Rizab Melayu.

“Yang
tinggal, yang ada hanya di Bukit Kiara, Kayu Ara. Itu pun banyak dah
dibina rumah pangsa yang diusahakan oleh bangsa asing. Di Dato Keramat
pula, Tanah Rizab Melayu, dah dijual kepada Singapura.

“Sedikit
demi sedikit makin hilang, kalau kita tak buat apa-apa Tanah Rizab
Melayu hanya tinggal kenangan. Hanya Kelantan yang paling banyak buat
pemulangan balik Tanah Rizab Melayu,” katanya.

Justeru,
kerajaan juga, gesanya, perlu menghalang dengan tegas dalam apa jua
keadaan daripada membiarkan Tanah Rizab Melayu dijual kepada pribumi
Melayu atau beralih tangan akhirnya di dalam kes urusan perniagaan.

“Kerajaan
wajib memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk merampas Tanah Rizab
Melayu yang dikenal pasti telah bertukar milik kepada bukan Melayu,
kerana ia melanggar syarat,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: