January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



BAGAN DATUK: Penubuhan Mahkamah Khas jenayah Pemerdagangan Manusia menjelang Jun depan membuktikan Malaysia serius terhadap isu pemerdagangan manusia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa perlaksanaan tersebut bukan bertujuan untuk meningkatkan penarafan negara di mata dunia sebaliknya bertumpu kepada keprihatinan pihaknya mempercepatkan perbicaraan kes tertangguh berikutan kesulitan hakim di dalam mahkamah tersebut.

Menurutnya, mahkamah khusus itu juga bakal melicinkan proses pendakwaan serta mempercepatkan proses perbicaraan kesemua suspek yang menyeludup mangsa-mangsa ke negara ini.

“Mahkamah ini cukup penting untuk menterjemahkan keseriusan kita bagi membicarakan kes pemerdagangan manusia sama ada ianya dilakukan oleh individu atau ejen tempatan, atau yang berada di luar Malaysia.

“Ini kerana, soal pemerdagangan manusia merupakan satu isu lama dan kes-kes ini (sebelum ini) dibicarakan di mahkamah sivil dengan hakim yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.

“Maka, KDN telah mencadangkan agar mahkamah khas ini mempunyai seorang hakim yang kita didedikasikan kepada soal pemerdagangan manusia yang mana hakim itu mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup program Multaqa Permuafakatan di Dewan Datuk Mohamed Jamrah, Batu 17, Sungai Sumun, dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata kes sedemikian akan diteliti berasaskan perundangan sedia ada namun diterima pakai secara khusus bagi menangani permasalahan pemerdaganan manusia.

“Saya secara professional tidak tahu mengenai kes (pemerdagangan manusia) tetapi buat masa ini, banyak kes tertunggak yang tidak dapat dibicarakan. Sehubungan itu, saya berharap soal isu nasional juga akan dapat dibawa ke mahkamah,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai fungsi sebenar mahkamah tersebut, Ahmad Zahid berkata, selain tujuan pendakwaan, ianya juga berfungsi untuk memastikan nasib mangsa penyeludupan terbela.

“Buat masa ini kami telah bekerjasama dengan Good Shepherd, TenagaNita yang akan memberikan perlindungan kepada mangsa selain kebebasan untuk bergerak di negara kita.

“Malah, pihak kedutaan Amerika Syarikat juga telah menawarkan peluang pekerjaan di sebuah hotel di ibu negara selain tawaran daripada pelbagai badan korporat yang menawarkan peluang pekerjaaan kepada mereka yang terjebak pemerdaganan manusia yang telah dapat diselamatkan,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: