January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pimpinan
AMANAH Negeri Johor dan pihak perunding kerusi bagi AMANAH diminta
untuk mempertahankan minimum 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di
Johor.

Melalui satu pertemuan pimpinan Amanah Negeri Johor dan pimpinan
Pusat yang turut dihadiri Presiden AMANAH Mohamad Sabu hari ini, Pemuda
Amanah Johor melalui satu memorandum  menuntut beberapa perkara untuk
memastikan pembahagian kerusi di negeri itu dapat dilaksanakan secara
saksama di antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Ketua Pemudanya Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, Pemuda AMANAH
Johor memandang penting keperluan mendesak hingga membawa kepada
tindakan boikot sewaktu Konvensyen Pakatan Harapan (PH) pada Ahad lalu.

Justeru satu mesyuarat yang diadakan petang tadi telah menyerahkan satu memorandum kepada pimpinan AMANAH pusat.

“Ia tidak lain hanyalah bertujuan memberi isyarat kepada kepimpinan
utama AMANAH Nasional dan juga rakan-rakan komponen Pakatan Harapan
bahawa pertimbangan yang lebih adil wajar dikedepankan bagi terus
mengukuh permuafakatan ini.

“Pada hemat Pemuda AMANAH Johor, kekecewaan ahli-ahli yang
menggerakkan jentera di bawah hanya boleh diredakan dengan keputusan
yang saksama dan seimbang melibatkan kerusi Dun,” ujarnya dalam
kenyataan malam ini.

Pada Konvensyen PH melalui Muafakat Pakatan Harapan diumumkan bahawa
AMANAH hanya memperoleh 27 kerusi Parlimen di seluruh negeri yang mana
di Johor hanya 2 Parlimen sahaja.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memperoleh 52 kerusi Parlimen; PKR (51) dan DAP (35).

Pemuda AMANAH Johor juga menuntut beberapa perkara antara lainnya
jika agihan kerusi Dun masih tidak menyebelahi AMANAH Johor,maka
Timbalan Presiden Salahuddin Ayub dan Pengerusi Johor, Aminolhuda Hassan
diminta mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

Antara tuntutan dalam memorandum Pemuda AMANAH Johor adalah seperti berikut:

1. Jawatankuasa perunding kerusi wajib bertegas mempertahankan
minimum 18 Dun  untuk ditandingi AMANAH daripada 56 Dun kesemuanya.

2. AMANAH Johor memiliki kawasan, cawangan, jentera pilihanraya dan
pimpinan yang berkaliber, ramuan yang cukup untuk memastikan Johor
menjadi negeri Pakatan Harapan.

3. Jika berlaku agihan kerusi Dun yang tidak seimbang, ia berisiko
mengundang keadaan tidak terkawal ahli di bawah. Kita khuatir tindakan
boikot gerak kerja pilihanraya akan berlaku dan menatijahkan kesan buruk
terhadap harapan rakyat.

4. Tiada lagi peruntukan kerusi Parlimen dan Dun sekaligus untuk
ditandingi oleh mana-mana tokoh sekalipun. Fokus setiap calon wajib di
satu kerusi sahaja bagi melajukan proses perubahan di peringkat
persekutuan dan negeri pasca kemenangan.

5. Di akhir pengagihan kerusi Dun ini, AMANAH Johor mesti dilihat
mempunyai kelebihan dan peranan yang setara, selepas berkompromi untuk
kerusi Parlimen sebelum ini.

6. Jika agihan kerusi masih tidak menyebelahi AMANAH Johor, Timbalan
Presiden, Tuan Haji Salahuddin Ayub dan Pengerusi Johor, YB Haji
Aminolhuda Hassan harus mengambil tanggunjawab sepenuhnya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: