January 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David hanya mampu mara setakat suku akhir Masters Wanita Saudi di Riyadh, Arab Saudi selepas tewas kepada, Nour El Tayeb , pada Rabu.

Bekas pemain nombor satu dunia dan pemain pilihan kelima kejohanan itu, ditundukkan 7-11, 12-14, 9-11 dalam pertarungan selama 35 minit oleh pemain pilihan ke-11 dari Mesir itu.

Ini adalah kekalahan pertama beliau  dengan pemain berusia 24 tahun itu, yang ditewaskannya  dalam sembilan perlawanan sebelum ini.   

Pemain berusia 34 tahun yang berasal dari Pulau  Pinang itu mara ke suku akhir selepas  mengalahkan  pemain India   Joshna Chinappan 6-11, 11-5, 11-7, 11-7 pada pusingan  kedua Selasa lepas, menurut laman  sesawang rasmi kejohanan, https://squashinsaudi.com.

Dengan tersingkirnya Nicol, menyaksikan kejohanan profesional skuasy di Arab Saudi disapu bersih  oleh pemain Mesir, apabila pemain nombor satu dunia dan pemain pilihan pertama Nour El Sherbini  menewaskan  pemain India, Dipika Pallikal Karthik, 11-5, 11-8, 11-4, sementara Raneem El Welily  menundukkan pemain England Sarah-Jane Perry 13-11, 11-9, 7-11, 9-11, 11-4.

Ia dituruti oleh kemenangan Nouran  Gohar ke atas pemain New Zealand,  Joelle King 11-8, 11-6, 11-8, untuk menyaksikan penguasaan pemain Mesir di separuh akhir kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$165,000 (RM660,742).

Nour El Tayeb akan berhadapan pemain pilihan ketiga Raneem, sementara Nour El  Sherbini akan bertemu Nouran pada separuh akhir, Khamis.-12/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: