January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA
LUMPUR: Pegawai bersara dicadang untuk berkongsi pengalaman dan
ilmu perkhidmatan mereka dalam bentuk penerbitan buku, seru Dato’ Seri
Mohamed Azmin Ali.

Dato’ Menteri Besar itu berkata, hasil
perkongsian itu adalah aset penting kepada pegawai muda terutamanya
dalam menangani isu rakyat.

Katanya, pengalaman yang dibukukan itu tidak dapat diperoleh menerusi kuliah mahupun buku akademik.

“Pengalaman
mereka yang bersara itu semua amat besar, jadi saya ingin cadangkan
kalau ada masa selain jaga keluarga dan cucu, tulis dan bukukan
pengalaman berharga selama bergelar penjawat awam.

“Saya amat
berharap ilmu itu dapat diturunkan kepada generasi akan datang dan
percaya ia usaha baik bagi menjamin kelangsungan kepimpinan terbaik,”
katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Sempena
Persaraan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor, di sebuah hotel, di
sini, malam tadi.

Majlis berkenaan khusus bagi meraikan persaraan
mantan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman, mantan Pegawai
Daerah Petaling, Dato’ Mohd Misri Idris dan mantan Panglima Markas 11
Briged, Briged Jeneral Abd Kadir Ahmad.

“Kita mahu menzahirkan
rasa penghargaan kepada tiga pegawai kanan Kerajaan Negeri yang banyak
menabur bakti dan jasa untuk membangunkan Selangor demi kesejahteraan
rakyat.

“Saya ingin merakamkan terima kasih tidak terhingga atas sumbangan penting kalian untuk negeri dan rakyat,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: