January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Lim Guan Eng tidak perlu menyalahkan pihak mahkamah sekiranya tidak dapat bertanding pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU-14).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, kesalahan itu sepatutnya diletakkan pada diri sendiri kerana sengaja melewatkan tarikh perbicaraan daripada tarikh yang sepatutnya.

“Tarikh perbicaraan baru sahaja dijadualkan sekarang selepas ditangguhkan begitu lama oleh Guan Eng yang mencabar SPRM sebagai tidak berperlembagaan- kes yang melalui Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

“Sama ada ini adalah percubaan yang sengaja untuk menangguhkan perbicaraannya, hanya Guan Eng tahu. Oleh itu, Guan Eng perlu menyalahkan diri sendiri jika tarikh mahkamahnya dijadualkan seperti sekarang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan tidak boleh bertanding pada PRU14 yang akan diadakan bila-bila masa sebelum Ogos tahun ini.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam menetapkan tarikh perbicaraan kes rasuahnya pada Mac dan Mei depan.

Ditanya jika perkara itu boleh memberi kesan kepada kelayakannya bertanding, Guan Eng berkata: “Mungkin.”

Tambah Abdul Rahman, Guan Eng perlu berhenti daripada membuat kenyataan seperti meraih simpati rakyat supaya beliau dapat bertanding pada PRU akan datang.

Guan Eng didakwa pada 2016 berkaitan perubahan zon dua plot tanah pertanian di Balik Pulau kepada kegunaan kediaman, yang dikatakan memberi faedah kepada pemilik tanah itu, Magnificent Emblem, syarikat yang dikaitkan dengan bekas tuan rumah Guan Eng sekarang ini, Phang Li Koon.

“Guan Eng sepatutnya mempunyai keyakinan terhadap mahkamah-mahkamah kita dimana dia akan dibenarkan mempertahankan dirinya secara terbuka dan telus. Orang ramai juga akan berpeluang untuk melihat keterangan terhadapnya kerana perbicaraan ini sudah pasti akan menarik perhatian orang ramai dan media.

“Mungkin apa yang membimbangkan Guan Eng kerana melihatkan tempoh perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo untuk kesalahan yang lebih kurang sama dan bermula pada tahun 2010 sehingga beliau disabitkan bersalah pada tahun 2015 membuatkan Guan Eng merasakan tidak mempunyai peluang untuk bertanding PRU14.

“Sama ada Guan Eng akan menang atau DAP berjaya mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang sudah tentunya menjadi perhatian utama dalam situasi yang berbeza,” ujar Rahman lagi.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: