January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Parti Gerakan yang adakan mesyuarat khas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  akan menampilkan 60 peratus muka baru bagi 45 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang bakal ditandinginya pada pilihanraya umum ke 14.

Senarai semua calon diserahkan kepada Perdana Menteri semasa pertemuan yang berlangsung di ibupejabat parti itu di Menara PGRM Kuala Lumpur Ahad.
Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong memberitahu sidang akhbar selepas pertemuan itu 45 kerusi itu adalah berdasarkan jumlah kerusi yang ditandingi oleh Gerakan pada PRU13 lalu.

Pada PRU13, GERAKAN bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 33 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Apapun beliau tidak menolak kemungkinan berlaku pertukaran kepada empat ke lima kerusi dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lain termasuk MCA.

“Lebih 60 peratus muka baharu menggabungkan Melayu, India serta Cina yang telah bertahun-tahun melakukan kerja di kawasan masing-masing. Jadi, kami yakin akan menampilkan keputusan lebih baik pada PRU-14,” katanya.

Najib telah menyampaikan menyampaikan amanat khas kepada kepemimpinan serta jentera Gerakan dan melawat bilik operasi pilihan raya parti tersebut semasa berada di Menara PGRM.

Menurut Mah dalam pertemuan itu Perdana Menteri meminta parti berkenaan berada dalam situasi bersiap siaga dan berusaha bersungguh-sungguh menghadapi PRU-14 tahun ini.

Presiden Gerakan itu menzahirkan keyakinan parti tersebut bakal mencatatkan keputusan lebih baik di Pulau Pinang kerana pelbagai isu di negeri itu termasuk projek terowong dasar laut.

Awal bulan ini, Geakan buat julung kalinya mengadakan perhimpunan bersama MCA yang dihadiri pemimpin tertinggi parti dan anggota akar umbi daripada kedua-dua parti, bertujuan menunjukkan perpaduan parti dan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRU14.- 14/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: