January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara (Perhilitan) berkata, anak Orang Utan yang didakwa dianiaya di
Zoo Kemaman sebenarnya dipisahkan sementara dengan ibunya.

Ia kerana, ibu Orang Utan dan anak haiwan itu sedang menjalani proses rawatan pada bulan November 2017.

“Siasatan juga mendapati bahawa anak Orang Utan berkenaan telah
ditempatkan dalam sangkar kurungan yang besar dan peralatan serta
persekitaran untuk senaman seperti tayar dan tali disediakan.

“Sehingga kini, rawatan susulan masih dijalankan terhadap Orang Utan
tersebut,” kata Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim
dalam kenyataan di sini.

Beliau mengulas aduan sebuah NGO yang mahu penganiayaan ke atas
haiwan-haiwan di Zoo Kemaman diakhiri segera di blog Clean Malaysia.

Artikel berkenaan menyentuh aspek penjagaan hidupan liar di Zoo
Kemaman, Terengganu dan juga mengenai kematian hidupan liar yang juga
berlaku di zoo berkenaan.

Dalam artikel itu, NGO berkenaan mendakwa anak Orang Utan ditempatkan
dalam sangkar yang kecil, anak gajah dirantai dan harimau ditempatkan
di tempat kurungan yang kecil dan tidak memuaskan.

Perhilitan yang mengadakan siasatan pada 11 Januari lalu mendapati
gajah tersebut merupakan gajah dewasa dan berada dalam keadaan sihat dan
normal. Ia ditempatkan sementara di kurungan lama sehingga kerja-kerja
penambahbaikan di kurungan baru selesai.

Keadaan gajah yang didakwa kurus dan stres. foto CleanMalaysia

Gajah tersebut dirantai bagi memastikan ia tidak merayau keluar dari
kawasan kurungan atau mendatangkan bahaya kepada pelawat dan
kakitangan zoo.

Manakala gambar harimau yang dipaparkan dalam artikel berkenaan
merupakan harimau yang ditempatkan dalam kawasan kurungan malam dan saiz
kurungan berkenaan mematuhi peraturan yang berkuatkuasa.

Berhubung kematian hidupan liar lain di Zoo Kemaman melibatkan tapir,
beruang dan ungka, Perhilitan berkata, pada tahun 2016, terdapat satu
ekor tapir telah mati dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian
adalah akibat masalah pernafasan.

Tiada kematian melibatkan beruang dan ungka direkodkan.

Beruang matahari tersebut telah ditempatkan di kurungan baru sejak
Oktober 2017 manakala ungka ditempatkan di Pulau Ungka dan masih hidup.

Abdul Kadir berkata, Perhilitan amat serius dalam isu berkaitan
kebajikan hidupan liar dan tidak akan berkompromi dengan zoo yang tidak
mematuhi perundangan berkaitan.

Tindakan tegas akan diambil terhadap pengendali zoo yang gagal mematuhi peraturan. – MalaysiaGazette



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: