January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ini sudah biasa.Jangan hairan jika dengar ada pihak yang ‘ tidak sedap badan’ melihat pengukuhan nilai matawang Ringgit kebelakangan ini.Apa tidaknya…perkembangan yang baik untuk negara ini sudah tentu akan mengurangkan modal mereka untuk perlekeh kerajaan menjelang pilihanraya umum ke 14.

Maka ada yang sebar kononya kerajaan ada main belakang untuk naikkan nilai Ringgit untuk wujudkan sentimen ‘feel good’ dikalangan rakyat.

Betulkah begitu?

Orang yang faham tentang ekonomi tentu tidak akan terpengaruh dengan kelentong yang mengarut itu.

Ringgit mengakhiri minggu ini dengan lebih kukuh berbanding dolar Amerika. Sehingga pada 6 petang Jumaat, ia diniagakan pada 3.9700/9730 berbanding 3.9950/9000 pada minggu sebelumnya.

Untuk mematikan cakap-cakap poltik yang tidak berpijak dibumi nyata itu,Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bagi jawapan mudah saja ketika ditanya wartawan dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur pada Sabtu.

“Jika pilihan raya mampu membawa pengukuhan dan mempunyai hubungan dengan mata wang, sudah pasti saya mahu pilihan raya diadakan pada setiap tahun ,” katanya.

Katanya pengukuhan nilai ringgit yang berlaku ketika ini bukan disebabkan campur tangan kerajaan dan demam pilihan raya seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak.

Menurutnya kerajaan tidak campur tangan dalam ringgit, ia berlaku melalui penawaran dan permintaan, jika ada banyak penawaran dan eksport, ia akan membawa masuk banyak ASD ke dalam negara dan pastinya akan ada permintaan kepada ringgit.

“Pengukuhan ringgit berlaku kerana adanya eksport yang kuat, pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh, harga minyak yang kembali stabil serta perkara positif dalam ekonomi berlaku kerana kepercayaan pelabur melihat kepada peningkatan ekonomi dan persekitaran politik yang stabil,”katanya.

Dalam pada itu Johari Ringgit dijangka terus meningkat berbanding dolar Amerika berikutan prospek ekonomi negara yang positif.

Beliau mengulas unjuran ahli ekonomi bahawa unit tempatan akan bergerak kepada nilai saksama antara 3.50 dan 3.70 berbanding dolar Amerika.

“Saya fikir terdapat banyak lagi ruang untuk penambahbaikan. Kita mempunyai eksport dan pelaburan langsung asing yang kukuh, dengan harga minyak yang bertambah baik, serta pasaran modal kita.

“Semua prospek positif ini akan memberi manfaat kepada kita dari segi ekonomi dan juga mata wang,” katanya.

Johari berkata trend semasa ringgit mencerminkan prospek ekonomi Malaysia yang positif dan ia boleh terus meningkat, selain membayangkan ahli ekonomi mungkin silap, walaupun meletakkan had kepada pengukuhannya.

“Tiada siapa yang dapat (dengan tepat) menjangka prestasi mata wang. Bagaimanapun, apa yang perlu kita lihat adalah asas ekonomi negara ini. Prospek positif bagi 2018 tersedia bagi Malaysia.

“Kepada paras mana ringgit boleh terus meningkat, saya tidak boleh membuat spekulasi. Pasaran akan menentukannya. Ia boleh meningkat lagi. Negara perlu memastikan ia terus mempunyai persekitaran ekonomi dan ekosistem serta kestabilan politik yang baik, berikutan ini antara faktor yang dilihat pelabur,” katanya.

Johari juga berkata eksport akan terus kompetitif walaupun ringgit kukuh dan dasar semasa Bank Negara Malaysia ke atas unit tempatan mencukupi dan amat jelas.- 13/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: