January 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Wartawan MalaysiaGazette

Jersi baharu JDT dilancarkan pada Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – Laman facebook rasmi Johor Southern Tigers
(JST) mengumumkan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menjana jualan
sebanyak RM1.2 juta pada hari pertama pelancaran jersi baharu pasukan
itu.

Menurut kenyataan tersebut, jersi baharu telah dijual di seluruh
daerah negeri Johor dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada
penyokong Harimau Selatan.

Kelmarin, lebih 1,000 penyokong JDT hadir menyaksikan majlis
pelancaran jersi baharu pasukan itu bagi mengharungi kempen Liga
Malaysia (Liga M) yang diadakan di Dataran Bandaraya.

Presiden JDT, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim
berkenan melancarkan jersi yang bakal digunakan oleh JDT pada saingan
Liga Super, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang beraksi di Liga Perdana,
Johor Darul Ta’zim III (JDT III) untuk saingan Piala Presiden dan Johor
Darul Ta’zim IV yang beraksi dalam saingan Piala Belia.

Jersi baharu itu dijual pada harga RM215 sehelai dan jersi alternatif pada harga RM179.

Menurut Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia dan Thailand, Ernest
Rodridgues, jersi baharu keluaran Nike pada musim ini agak unik.

Ia dibahagikan beberapa segmen iaitu warna biru untuk aksi di
gelanggang sendiri, warna merah untuk perlawanan di tempat lawan,
manakala warna putih jersi alternatif.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk
Azmi Rohani, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk
Ismail Karim dan Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Fahmy Yahya.

Skuad kendalian Ulisses Morais akan menggunakan jersi baharu itu pada
aksi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang
kelab Liga Thai 1 (Thai League 1), Muangthong United FC pada 23 Januari
ini. – MalaysiaGazette



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: