January 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


TATKALA negara sedang gempar dengan sesuatu isu baharu, masa itulah aktres Fathia Latiff akan muncul dengan tweet-tweet ‘bernas’ dan ‘bergeliga’.
Selepas sibuk-sibuk mahu melontarkan pendapat bernilai sepuluh sen tentang mengapa dia kini menjadi pengikut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini merupakan pemimpin parti pembangkang serta isu sistem pembayaran tanpa tunai (cashless system), hari ini Fathia datang lagi dengan membincangkan kes penahanan aktor Datuk Farid Kamil.

Dalam insiden yang berlaku pada 1.20 petang semalam, Farid dikatakan telah berkelakuan aneh di balai polis trafik Kota Damansara sebelum bertindak menampar pipi seorang anggita polis dan menendang seorang lelaki yang merupakan orang awam.

Farid,37, turut didapati positif dadah jenis ganja dalam ujian air kencingnya.

Menerusi tweet tersebut, Fathia menyatakan bahawa Farid sedang marah ketika itu dan seterusnya meminta orang ramai agar tidak menyalahkan ganja yang diambil bintang filem itu.

Sebaliknya, kata Fathia, mungkin siasatan perlu dilakukan ke atas anggota polis yang berada di tempat kejadian untuk melihat jika mereka juga positif ganja.

Status Twitter tersebut kini menjangkau 1200 likes dan 1200 ulang kicau.

Tidak terhenti di situ, Fathia turut meneruskan dakwaan serkap jarangnya itu dengan menegaskan bahawa anggota polis yang terlibat sememangnya ada mengambil ‘barang’.

“Saya cabar uji anggota polis itu jika mereka benar-benar ‘bersih’ dari pengaruh dadah,” tulisnya yang kini difahamkan sedang berada di Berlin, Jerman.

Tweet Fathia itu bagaimanapun tidak disambut baik oleh para netizen, dengan masing-masing mengkritiknya kembali kerana gemar menuding jari ke arah pihak lain atas kesalahan sendiri.

Malah, ada juga yang memerli pelakon tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan Fathia itu seakan-akan memberi ‘solidariti’ kepada teman ‘sekapal’.

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the “Biographical Info” field in the user admin panel.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: