January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 

KUALA LUMPUR:
MCA tidak akan membincangkan isu calonnya pada pilihan raya umum (PRU)
ke-14 menerusi media memandangkan perkara itu adalah isu dalaman parti
yang perlu diselesaikan antara pihak yang berkenaan, kata Presidennya
Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau sebaliknya mahu setiap anggota MCA, sama ada yang terpilih
sebagai calon ataupun tidak, bekerja keras dan memberikan komitmen penuh
bagi menghadapi PRU yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

“Saya tidak akan bincangkan isu calon MCA di media kerana isu calon
saya berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
sahaja… ini adalah isu dalaman parti dan saya rasa memang tidak patut
diuar-uarkan melalui surat khabar.

“MCA kini dalam persiapan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya
dan calon-calon tidak boleh dijadikan satu isu… MCA sebagai sebuah parti
perlu bekerja keras untuk parti, untuk rakyat dalam negara ini,”
katanya selepas menyerahkan ‘Pride of Workmanship Awards’ oleh Rotary
Club kepada 66 pekerja KTM Berhad di sini hari ini.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian kepada pemberita
ketika diminta mengulas cakap-cakap politik bahawa Setiausaha Agung MCA
yang juga Anggota Parlimen Tanjong Malim Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak
akan bertanding pada PRU14.

Mengulas lanjut, Liow berkata MCA telah menyerahkan senarai calonnya
kepada Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN), yang menampilkan
lebih 50 peratus muka baharu termasuk orang muda, calon usia pertengahan
dan juga veteran yang diyakini dapat membantu kemenangan MCA pada
pilihan raya itu.

“Untuk jumlah kerusi, kerusi MCA tidak bertambah dan tidak berkurang…
isu kerusi tiada masalah kerana dalam BN kerusi telah diagih-agihkan
sejak dahulu lagi dan kalau ada pertukaran kerusi, komponen parti akan
berbincang, tiada masalah,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons
%d bloggers like this: